Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hati-Hati Semua, Kereta Saya Dah Kunci, Tapi Penjenayah Pecahkan Cermin Kereta Guna Parang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hati-Hati Semua, Kereta Saya Dah Kunci, Tapi Penjenayah Pecahkan Cermin Kereta Guna Parang


Tersebar sejak semalam dilaman sosial beberapa keping gambar termasuk satu laporan polis yang menunjukkan seorang wanita menjadi mangsa kepada satu kes ragut di Taman Sri Perkasa, Petra Jaya di Kuching, Sarawak.

Mengikut laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa, wanita terbabit memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.03 pagi semalam. Mangsa ketika itu ingin mengambil rakannya yang tinggal di Taman Sri Perkasa, berdekatan dengan Taman Yen Yen Matang untuk ke sekolah.


Setibanya mangsa di hadapan rumah rakannya itu, mangsa menyedari kehadiran sebuah motosikal ketika hendak memberhentikan kenderaan. Mangsa mendakwa penunggang motosikal tersebut memakai helmet menutup muka yang kemudiannya mengeluarkan sebilah parang.

Suspek kemudian bertindak memecahkan cermin tingkap di sebelah pemandu serta meminta mangsa menyerahkan telefon bimbit serta beg tangannya. Tindakan suspek yang mengugut mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa ketakutan lalu menyerahkan barang-barang berharga milik mangsa kepada suspek.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa kerugian sebuah telefon bimbit, dompet dengan wang tunai sebanyak RM 102, dokumen pengenalan diri, dokumen memandu dan kad ATM.

Selain itu, beg tangan tersebut juga mengandungi barangan kosmetik yang tidak dinyatakan nilainya oleh mangsa.

Justeru orang ramai yang menetap di sekitar lokasi kejadian dinasihatkan supaya waspada dengan ancaman ragut terutamanya kepada golongan wanita yang bergerak secara sendirian. Jika menyedari kenderaan anda diekori, anda dinasihatkan untuk tidak memberhentikan kederaan sebaliknya terus memandu menuju ke balai polis yang terdekat.



Sumber : Borneo

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mxeAUh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.