Hanis Zalikha Tak Kecil Hati
Selebriti Hanis Zalikha tidak ambil pusing kritikan segelintir pihak mengenai cara dia membesarkan anaknya, Yusuf Iskandar yang kini berusia setahun.
Memetik laporan mStar online, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini berkata, dia tidak pernah berkecil hati sebaliknya sudah lali dengan komen negatif netizen yang dilemparkan di media sosial.
“Saya sudah terbiasa dengan komen-komen netizen yang sentiasa tidak kena di mata mereka dan ada sahaja topik yang ingin diperkatakan.
“Nak cakap apa pun, cakaplah. Kami tak pernah kecil hati dengan komen orang luar dan kami tahu apa yang terbaik untuk Yusuf.
“Bukan saya sahaja yang menerima kritikan, malah anak artis lain turut menerima nasib yang sama. Ada saja yang mereka nak kritik!,” katanya.
Katanya, dia gemar berkongsi teknik penjagaan bayi melalui laman sosial Instagram dan berharap perkongsiannya itu mungkin boleh digunapakai oleh ibu muda dan akan menjadi tempat rujukan untuknya pada masa akan datang.
“Selain berkongsi ilmu dengan orang lain, mungkin satu hari nanti bila saya dah ada anak kedua, saya boleh baca semula apa yang saya kongsi di laman sosial.
“Nanti kalau dah terlupa cara penjagaan bayi, boleh cari di Instagram sendiri,” katanya.
The post Hanis Zalikha Tak Kecil Hati appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hGE28g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment