Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Hati-hati lepas ni na' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Hati-hati lepas ni na'

“Saya kagum dengan kejujurannya dan tindakan itu wajar dicontohi,” kata Muhammad Hafidz Hakimy Md Ariff, 32, semalam.

Guru j-QAF Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Kepala Batas itu mengulas mengenai tindakan pelajar sekolah menengah menghantar surat bertulisan dakwat merah untuk meminta maaf kerana terlanggar kereta merahnya.

Muhammad Hafidz Hakimy berkata, kejadian berlaku dua minggu lalu ketika dia pulang ke rumah ibunya di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah.

"Ketika itu saya memandu Chevrolet Aveo hendak keluar dari simpang kira-kira 3 petang 3 November lalu dan kebetulan motosikal terlanggar bahagian depan kereta, tetapi penunggangnya meneruskan perjalanan.

"Saya tidak mengambil sebarang tindakan kerana hanya terdapat kesan calar di bahagian depan saja," katanya.

Imam Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah itu berkata, keesokannya dia terkejut apabila menemui sehelai kertas dengan tulisan dakwat merah di pelantar rumah ibunya.

"Sebaik membaca surat berkenaan saya percaya ia diletakkan pelajar yang terlanggar kereta saya.

"Pelajar terbabit meminta maaf kerana terlanggar kereta saya selain memberitahu dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Muhammad Hafidz Hakimy yang juga Juara Cari Menantu Siri 2 (TV3) berkata, dia sudah memaafkan pelajar terbabit walaupun tidak mengenalinya dan kagum dengan kejujurannya menulis surat untuk meminta maaf walaupun tidak berjumpa dengannya.

SURAT minta maaf yang ditulis pelajar. FOTO ihsan Muhammad Hafidz Hakimy Md Ariff

Insiden itu tular di media sosial selepas Muhammad Hafidz Hakimy memuat naik di Facebook mengenai kekagumannya dengan sikap jujur pelajar berkenaan yang menulis surat untuk meminta maaf di atas kesalahannya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan pelajar berkenaan supaya lebih berhati-hati apabila menunggang motosikal kerana masih muda dan mendoakan supaya remaja itu cemerlang dalam SPM.

Menerusi surat itu, remaja berkenaan meminta supaya pemilik kereta merah itu membaca isi kandungan surat berkenaan sambil mengakui kesilapannya dan berkali-kali memohon maaf kerana sedar, jika kesalahan dengan manusia, hanya manusia boleh memaafkannya.

Pada masa sama, dia meminta tidak didoakan keburukan supaya boleh menduduki peperiksaan SPM dengan tenang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hHul9F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.