Hi! Welcome Back and Stay Tune! #DUNSarawak: Insentif Minumum RM2,000 Untuk Penjawat Awam Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

#DUNSarawak: Insentif Minumum RM2,000 Untuk Penjawat Awam Sarawak


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan bayaran insentif khas sebulan gaji pokok atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam kerajaan negeri.

Beliau berkata, pemberian insentif tersebut sebagai penghargaab dan pengiktirafan atas dedikasi ditunjukkan penjawat awam kerajaan negeri yang menyumbang kepada kemajuan negeri.

"Bayaran insentif khas ini menggambarkan prestasi kewangan terpuji dan kedudukan kewangan sihat negeri ini.

"Kerajaan negeri mempunyai kapasiti kewangan untuk memberikan insentif ini berjumlah RM45 juta.

"Insentif ini akan dibayar pada Disember tahun ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau percaya pemberian insentif tersebut akan meningkatkan motivasi penjawat awam kerajaan negeri untuk berkhidmat lebih cemerlang.

Sementara itu, Abang Johari berkata, sejak beberapa tahun lepas, perkhidmatan awam Sarawak agak cemerlang walaupun berkhidmat dengan hanya 22,549 penjawat awam.

"Bilangan ini (penjawat awam) sudah agak lama namun tetap menunjukkan kebekersanan walaupun berdepan tanggungjawab berat," ujarnya.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ipKD3M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.