Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjara 4 Bulan Hina PM Dalam FB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjara 4 Bulan Hina PM Dalam FB


PETALING JAYA: Seorang operator kilang dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memuat naik kartun yang mengaibkan Perdana Menteri di Facebook, bulan lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Hamizan Ghazali, 24, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan pada 12 November lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohamad Hamizan didakwa menggunakan profil Ieyzan Ghazali di laman sosial Facebook dan memuat naik gambar lukisan kartun bersifat jelik yang tertera perkataan mengaibkan Perdana Menteri.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Melati 2, Taman Paya Rumput Perdana, Melaka Tengah, Melaka, antara jam 12.01 tengah malam pada 20 Oktober dan 5.30 petang, 22 Oktober lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan sudah direman selama lima hari sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran untuk tidak mengulangi kesalahan sama yang menjadi trend masyarakat hari ini menggunakan media sosial bagi menyebar dan menyalahi undang-undang.

"Tertuduh tidak sepatutnya melanggar undang-undang jika ingin menyuarakan pendapat. Tindakannya memuat naik gambar jelik adalah silap serta tidak menghormati pemimpin pertama negara," katanya.

Mengikut fakta kes, pengadu adalah ahli 'Friends of UMNO' yang membuat laporan polis berhubung tindakan tertuduh yang memuat naik gambar jelik di status miliknya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AUOhur

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.