Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anggota JBPM bertugas pada hari mengundi boleh undi secara pos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anggota JBPM bertugas pada hari mengundi boleh undi secara pos

PUTRAJAYA: Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang bekerja dan tidak boleh meninggalkan tempat kerja kerana tuntutan tugas pada hari Pilihan Raya Umum ke-14 kini dibenarkan mengundi secara pos.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata gazet yang membenarkan petugas JBPM yang bertugas pada hari pilihan raya untuk mengundi secara pos dikeluarkan pada 23 Okt lepas.

"Kebenaran untuk mengundi secara pos ini adalah untuk petugas JBPM sahaja dan tidak melibatkan pasangan mereka.

"Ini merupakan perkembangan yang baik dan memberi peluang kepada anggota JBPM untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan JBPM di ibu pejabat JBPM di sini hari ini.

Wan Mohd Nor berkata JBPM akan membekukan cuti warga kerjanya seminggu sebelum dan selepas tarikh pilihan raya umum.

Ini kerana bagi JBPM, pilihan raya umum memerlukan pemantauan dan pemerhatian yang kritikal terutamanya dalam aspek keselamatan, katanya.

Antara tanggungjawab anggota JBPM pada musim pilihan raya ialah siap siaga di kawasan pengiraan undi dan memantau rapat pemilihan umum yang diadakan, katanya.

Mengulas persediaan JBPM menghadapi musim banjir, Wan Mohd Nor berkata JBPM kini dalam keadaan siap sedia dan sudah mengeluarkan arahan pada 1 Nov kepada semua balai JBPM dan ibu pejabat negeri supaya membuat persiapan awal.

Persiapan tersebut antaranya dari segi keanggotaan, kelengkapan, prosedur dan mesyuarat pengurusan bencana di pelbagai peringkat, katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ioD7GA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.