Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aidil Kecewa Gagal Beraksi 90 Minit Pada Final Piala Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aidil Kecewa Gagal Beraksi 90 Minit Pada Final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR – Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi 90 minit pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang menyaksikan JDT melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah di Stadium Shah Alam, semalam.

Mohd Aidil Zafuan yang sudah membuat 67 penampilan bersama JDT, dibawa keluar pada minit ke-60 untuk digantikan dengan Junior Eldstal sewaktu pasukannya sedang mendahului 1-0 selepas diusung keluar akibat kecederaan.

“Sebenarnya saya masih lagi boleh beraksi hingga ke wisel penamat tetapi perkara ini terjadi mungkin disebabkan salah faham sahaja, namun itulah hakikatnya sesebuah perlawanan yang sangat penting. Keputusan cepat harus dibuat.

“Cuma perasaan kecewa tidak dapat beraksi 90 minit itu tetap ada kerana ini adalah perlawanan akhir, saya ingin memberikan segalanya yang termampu untuk mencapai kejayaan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini, semalam.

Bagaimanapun beliau tetap gembira apabila disenaraikan jurulatihnya, Ulisses Morais dalam kesebelasan utama pada perlawanan tersebut meskipun beliau sebelum ini lebih banyak berada di bangku simpanan berikutan masalah kecederaan yang dialami sepanjang musim ini.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kepercayaan untuk saya beraksi pada final walaupun musim ini saya tidak begitu konsisten dan banyak terlepas perlawanan kerana kecederaan yang berulang,” tambah pemain dari Negeri Sembilan itu.

Pada aksi final semalam, tandukan deras Mohd Aidil Zafuan berjaya meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan seawal minit ketiga permainan sebelum penyerang kelahiran Argentina, Gonzalo Gabriel Cabrera menyumbat gol kedua untuk mengesahkan kemenangan JDT.

Kejayaan menjulang Piala Malaysia itu menyaksikan JDT berjaya menamatkan penantian 26 tahun selepas kali terakhir trofi kejuaraan itu berada di selatan tanahair pada 1991 ketika Johor menewaskan Selangor 3-1. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j23PIc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.