Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sokong KWSP untuk penjawat awam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sokong KWSP untuk penjawat awam

 Cadangan kerajaan mahu memperkenalkan skim potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kakitangan awam baharu pada masa depan amat dialu-alukan.

Bagaimanapun, keberkesanannya perlu dilihat untuk jangka masa panjang kerana ia tidak mampu membantu kerajaan menjimatkan wang dalam masa terdekat.

Menurut pakar ekonomi, Lee Heng Guie, langkah kerajaan itu tidak dinafikan mampu mengawal perbelanjaan kerajaan dalam pemberian pencen yang semakin hari semakin besar.

“Dalam Bajet 2010, jumlah peruntukan pencen bagi kakitangan awam sebanyak 7.4 peratus, iaitu RM11.5 bilion daripada jumlah pengurusan diperuntukkan.

“Jumlah ini kemudian dinaikkan kepada RM23.6 bilion iaitu 10.8 peratus dalam Bajet 2017,” kata Heng Guie kepada Oriental Daily.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengenai  peruntukan besar pembayaran kepada pesara perlu dikawal kerana ia tidak mampan untuk negara.

Menurut Johari, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM24.5 bilion untuk membayar pencen pesara awam dan jumlah tersebut cukup besar.

Daripada 1.6 juta penjawat awam, seramai 570,000 adalah guru dan pensyarah, 350,000 orang lagi adalah kakitangan keselamatan seperti polis dan tentera, manakala 250,000 orang kakitangan kesihatan, manakala kakitangan pentadbiran kira-kira 400,000 orang sahaja.

Kata Heng Guie, walaupun kerajaan sebelum ini meminta Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) membantu menguruskan sebahagian wang pencen demi faedah pencarum, namun sebahagian besar dana ketika ini adalah peruntukan daripada bajet.

“Bagi sesetengah negara, sekiranya mereka tidak bijak mengawal pembayaran pencen, ia sudah pasti akan membawa bebanan kepada kerajaan itu sendiri.

“Kerajaan kita sebenarnya perlu mengawal pengambilan kakitangan awam, jika tidak ia akan menyebabkan kerajaan menghadapi kesukaran mengawal sejumlah wang pencen yang amat besar pada masa akan datang,” jelasnya

The post Sokong KWSP untuk penjawat awam appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zfrlYC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.