Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis siasat puncak lelaki amuk di masjid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis siasat puncak lelaki amuk di masjid

SANDAKAN: Polis sedang menyiasat punca seorang lelaki tiba-tiba mengamuk ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Datuk Pengiran Galpam, Batu 7, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu dikatakan mengamuk dan bertindak memecahkan tabung serta tingkap kaca masjid ketika orang ramai sedang menunaikan solat.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditenangkan jemaah, sebelum ditangkap anggota polis yang kebetulan turut bersolat di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata siasatan awal mendapati lelaki berkenaan pernah mendalami ilmu keagamaan di sebuah negeri di pantai timur Semenanjung dan disyaki menghadapi tekanan.

"Berdasarkan keluarga mangsa, ia kali pertama lelaki itu bertindak demikian (mengamuk di masjid).

"Polis sedang siasat punca sebenar dan setakat ini, tiada sebarang laporan rasmi dibuat pihak pengurusan masjid," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Dalam kes berasingan, Mohd Azhar berkata, polis menahan dua lelaki warga asing berusia 18 dan 21 tahun, masing-masing di Bandar Labuk Jaya, Batu 7 dan berhampiran flat Batu 2 1/2 dalam Operasi Cegah Jenayah, malam tadi.

Katanya, kedua-dua lelaki ditahan kerana kesalahan penyalahgunaan dadah, mencuri selain tiada keterangan diri.

"Polis turut merampas tiga paket dadah jenis syabu daripada suspek kedua dan pelbagai barangan termasuk pemain cakera padat serta wang tunai dipercayai dicuri," katanya.



Sumber Polis siasat puncak lelaki amuk di masjid

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lSqx6C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.