Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Raja iblis yang bernama Azâzîl, selama 120 ribu tahun diangkat menjadi penghulu segala malaikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Raja iblis yang bernama Azâzîl, selama 120 ribu tahun diangkat menjadi penghulu segala malaikat


Azâzîl adalah nama asli dari Iblis yang merupakan bapak dari bangsa jin .Menurut syariat Islam `Azâzîl adalah pemimpin kelompok syaitan dari kalangan jin dan manusia.Sebelum diciptakannya Adam.

Azâzîl pernah menjadi Imam para Malaikat (Sayyid al-Malaikat) dan Khazin al-Jannah (Bendaharawan Syurga), selama beberapa puluh ribu tahun sebelum membangkang kepada Allah. Nama Azazil dapat ditemukan dalam beberapa kitab tafsir, diantaranya dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, (Mujallad I-1/76 – 77), Tafsir Al- Khozin – Tafsir Al- Baghowi (I-1/48).

Cerita  tentang kesombongan,takabur, dan bangga diri, adalah sebuah kisah yang lebih tua dibanding penciptaan manusia, Azazil, malaikat yang dikenali penduduk syurga kerana doanya mudah dikabulkan oleh Allah. Kerana selalu dikabulkan oleh Allah, bahkan para malaikat pernah memintanya untuk mendoakan agar mereka tidak tertimpa laknat Allah.

Pada satu hari malaikat Israfil mendapati sebuah  tulisan  "Seorang hamba Allah yang telah lama mengabdi akan mendapat laknat dengan sebab menolak perintah Allah."  Tulisan yang tertera di salah satu pintu syurga itu,membuat Israfil menangis. Ia takut, itu adalah dirinya. Beberapa malaikat lain juga menangis dan punya ketakutan yang sama seperti Israfil, setelah mendengar berita perihal tulisan di pintu syurga itu dari Israfil. Mereka lalu sepakat mendatangi Azazil dan meminta didoakan agar tidak tertimpa laknat dari Allah.  Setelah mendengar penjelasan dari Israfil dan para malaikat yang lain, lalu Azazil memanjatkan doa..

"Ya Allah. Janganlah Engkau murka atas mereka."

Di luar doanya yang mustajab, Azazil dikenal juga sebagai Sayidul Malaikat @ penghulu para malaikat dan  Khazinul Jannah (bendaharawan syurga). Semua lapis langit dan para penghuninya, mengelarkan  Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan walaupun berbeza.

>Pada langit lapis pertama , ia  digelarkan Aabid, ahli ibadah yang mengabdi luar biasa kepada Allah pada langit lapis pertama,

>Di langit lapis kedua,  gelaran  pada Azazil adalah Raki atau ahli ruku kepada Allah,

>Di langit lapis ke tiga, ia digelarkan Saajid atau ahli sujud,

>Di langit ke empat ia digelar Khaasyi kerana selalu  merendah dan takluk kepada Allah,

>Di langit lapis kelima menyebut Azazil sebagai Qaanit Kerana ketaatannya kepada Allah,

>Di langit keenam Gelar Mujtahid, kerana ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah.

> Pada langit ketujuh, ia dipanggil Zaahid, kerana sederhana dalam menggunakan sarana hidup.

Selama 120 ribu tahun, Azazil, si penghulu para malaikat menyandang semua gelar kehormatan dan kemuliaan, hingga tibalah ketika para malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah.  Ketika itu, Allah, Zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk menciptakan pemimpin di bumi.

"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."
begitulah firman Allah.(QS. Al Baqarah : 30)

Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah.

"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau."(QS. Al Baqarah : 30)

Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS. Al Baqarah : 30)

Allah lalu menciptakan manusia pertama yang diberi nama Adam. Kepada para malaikat, Allah memperagakan kelebihan dan keistimewaan Adam, yang menyebabkan  para malaikat mengakui kelebihan Adam  atas mereka. Lalu Allah menyuruh semua malaikat agar bersujud kepada Adam, sebagai wujud kepatuhan dan  pengakuan atas kebesaran Allah. Seluruh malaikat pun bersujud, kecuali  Azazil.

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam,  maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk
golongan orang-orang yang kafir" (Al Baqarah: 34)

Bersemi Sejak di Awal Syurga


Sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelar dan sebutan kemuliaan, Azazil merasa dirinya tak layak bersujud pada makhluk lain termasuk Adam kerana merasa penciptaan dan statusnya  yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap Azazil, lalu bertanya dengan memberi gelaran baru baginya Iblis. "Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Kuciptakan  dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?"  Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil, sebaliknya  ia malah  menentang dan berkata,

"Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah."

Mendengar jawaban Azazil yang sombong, Allah berfirman.

"Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".

Azazil sejak itu tak lagi berhak menghuni syurga. Kesombongan dirinya, yang merasa lebih baik, lebih mulia dan sebagainya dibanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."

Waktu itu, ketika teringat penjelasan Israfil, Azazil berkata,

"Ya Allah! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya."

Azazil lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tak menyedari bahawa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga, boleh menimpa  kepada siapa saja, termasuk dirinya.Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekad meminta kepada Allah agar diberi dispensasi. Katanya,

"Ya Allah, beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan."

Allah bermurah hati, dan   Iblis mendapat apa yang dia minta iaitu masa hidup panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah.  Dasar Iblis,lantas bersumpah akan menyesatkan Adam dan anak cucunya, seluruhnya, Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka.

" Maka kata Allah, "Yang benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari golongan kamu dan  orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."

Menular pada Manusia  pertama dari usaha penyesatan yang dilakukan Iblis adalah Adam dan Hawa. Dengan tipu daya dan rayuan memabukkan, Nabi Adam as. dan Siti Hawa lupa pada perintah dan larangan Allah. Keduanya sedar setelah murka Allah turun. Adam dan Hawa dihalau dari syurga dan ditempatkan di bumi. Iblis berjaya menjadikan Adam dan Hawa sebagai mangsa pertama penyesatannya.Jika asal usul seluruh manusia saja,  berjaya disesatkan apalagi anak cucunya.

Pada zaman sekarang, manusia sombong yang selalu menentang Allah bukan  berkurang, sebaliknya malah bertambah. Ada yang sibuk mengumpulkan harta dan lalu menonjolkan diri dengan kekayaannya. Yang lain rajin mencari ilmu, namun kemudian takabur dan merasa paling pintar.

Ada juga yang merasa diri paling cantik, paling putih, paling mulus dibanding manusia lain. Mereka yang beribadah, solat siang malam, puasa, zakat dan berhaji merasa paling soleh dan sebagainya. Ada yang meninggalkan perintah-perintah Tuhan hanya kerana mempertahankan dan bangga dengan  budaya warisan nenek moyang, dan seolah-olah segala sesuatu di luar budaya itu tak bernilai,mata hatinya sudah buta melihat kebenaran dan kebesaran Allah. . Hati mereka menjadi gelap  tanpa nur iman sebagai pelita.

"Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri (takabur)" 
(Al Muddatstsir: 23).

Tujuannya jelas,syaitan akan menyesatkan bangsa jin, begitu pula setan dari golongan jenis manusia, sangat dominan untuk menjerumuskan dan menyesatkan bangsa manusia.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-
tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"  (Al Araaf: 179).



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hHcpbN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.