Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPDNKK Lahad Datu Rampas Barangan Bernilai Lebih RM31,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPDNKK Lahad Datu Rampas Barangan Bernilai Lebih RM31,000

LAHAD DATU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Lahad Datu merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM31,363.80 sepanjang operasi berterusan bermula Januari hingga minggu pertama November, di sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK daerah Rino Hisham Abu Bakar berkata rampasan barangan itu melibatkan 44 kesalahan meliputi peniaga melanggar peraturan ditetapkan kementerian termasuk memiliki barangan kawalan seperti minyak masak dan tong gas selain tidak meletakkan tanda harga.

“Nilai rampasan itu adalah hasil pemeriksaan berterusan di sekitar daerah. Kesalahan peniaga mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 mencatat jumlah terbanyak iaitu 17 kes dengan nilai rampasan RM4,145.75, diikuti 15 kes menerusi Akta Timbang Sukat 1972 bernilai RM1,920.50.

“Sebanyak 12 kes direkodkan mengikut Akta kawalan Bekalan 1976 dengan nilai rampasan tertinggi iaitu RM25,297.55,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menerima bayaran kompaun bagi 32 kes daripadanya bernilai RM9,950.

Dalam pada itu, Rino Hisham berharap peniaga sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan kementerian bagi mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AjrF6q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.