DUN Pantai Damai Kubu Kuat BN
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi optimis kawasannya akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada masa kini dan akan datang.
Beliau berkata, kejayaan cemerlang yang dilakar pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) didorong kerjasama jentera parti.
Sehubungan itu, menurutnya, kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) peringkat ranting perlu meneruskan usaha mendaftar ahli di kampung masing-masing.
"Kita (PBB Cawangan Pantai Damai) mempunyai keahlian ramai dan setakat ini sekitar 16,613 ahli berdaftar.
"Pastikan keahlian bertambah dari masa ke semasa kerana ia akan memberi manfaat yang amat berharga pada masa akan datang," katanya.
Beliau menjelaskan, PBB merupakan parti dominan di Pantai Damai dan memberi peluang mendaftarkan ahli tanpa had.
Dr Abdul Rahman turut menggesa kepimpinan baharu peringkat ranting agar melengkapkan diri dari segi kekuatan mental dan fizikal dalam meneruskan legasi yang diamanahkan.
Mesyuarat Agung PBB Ranting Rampangi Fasa 1 sebulat suara memilih Merdehi Mas sebagai Ketua PBB Ranting manakala Surayah Fauzi (Ketua Pergerakan Wanita) dan Mohd Rashmat Yusuf (Ketua Pergerakan Pemuda).-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zl5T3Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment