Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga kali bapa dicari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga kali bapa dicari

WARGA emas yang ditemui lemas dalam rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Masjid, Jalan Perak, Georgetown, hari ini memberitahu anaknya dia teringin sarapan roti canai dan teh tarik.

Nasir Sabri Amanullah Sahib, 42, berkata, dia menghubungi arwah bapa, Amanullah Sahib Kalandar, 75, semalam dan dimaklumkan dia mahu menu berkenaan untuk sarapan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jenazah bapanya ditemui di dalam air di kawasan ruang tamu ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pagi tadi.

Menurutnya, operasi sudah bermula sejak 10 malam tadi untuk membawa keluar semua penduduk kampung yang rumah mereka dinaiki air.

Katanya, pihaknya dimaklumkan operasi SAR bermula sejak 3 pagi hingga 5.30 pagi,namun arwah masih belum ditemui di dalam rumah.

"Saya kemudian menerima panggilan telefon daripada ahli keluarga dan memberitahu bapa masih belum ditemui selepas dua kali mencari.

"Saya bersama anggota bomba kemudian masuk ke dalam rumah buat kali ketiga pada 8.15 pagi untuk mencari arwah.

"Tidak sampai lima minit saya menemui arwah dalam keadaan terapung di kawasan ruang tamu rumah dalam keadaan tidak bernyawa," katanya ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jalan Perak hari ini.

Nasir berkata, sebagai anak, dia sedih kerana gagal menyelamatkan nyawa arwah bapa yang sedang uzur dan tinggal di rumah itu seorang diri.

Menurutnya, menu sarapan itu sudah dibeli tetapi arwah tidak sempat menjamahnya.

"Jenazah arwah telah selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Hashim Yahya, Jalan Perak selepas solat Zuhur tadi.

"Saya reda dengan pemergian arwah namun hakikatnya merasa sedih apabila tidak sempat menyelamatkan nyawanya dan diharapkan arwah akan ditempatkan antara golongan orang yang beriman," katanya.

Berita berkaitan

• 108 pesakit dipindahkan

• Guan Eng hubungi Zahid

• Banjir tak jejas SPM

• Banjir di Penang kian buruk

• Warga emas lemas dalam banjir

• Tragedi rumah dihempap pokok tumbang



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A9G6cu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.