Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mangsa banjir Pulau Pinang dibantu - PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mangsa banjir Pulau Pinang dibantu - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Kerajaan Persekutuan akan membantu mana-mana negeri yang ditimpa musibah seperti banjir atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab.

Perdana Menteri berkata, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dikerah untuk membantu mangsa banjir di negeri manakala Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor, akan meninjau keadaan petang ini.

"Kita akan bantu mangsa banjir manakala keperluan mereka akan kita tentukan. Kita akan berikan bantuan diperlukan," katanya selepas melancarkan misi membina dan mengendalikan hospital medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Perdana Menteri mengulas situasi semasa susulan banjir yang melanda Pulau Pinang sejak semalam.

Awal pagi tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi menghantar bantuan ATM mengendalikan situasi banjir.

Najib berkata, bantuan kepada mangsa banjir akan diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengulas isu sama berkata, Guan Eng tidak perlu bimbang mengenai bantuan banjir kerana perkara itu tertakluk dalam prosedur operasi standard (SOP) ATM.

"Dalam keadaan banjir, kami tidak memilih negeri mana dan sebab itu gerak bantuan ke Pulau Pinang diatur sejak awal pagi tadi.

"Ketua Menteri Pulau Pinang tidak perlu bimbang kerana apa yang kita lakukan di Kelantan dan Terengganu ketika banjir besar lalu, kita akan lakukan juga di Pulau Pinang.

"ATM menghantar bantuan secara konsisten seperti yang ditekankan Perdana Menteri sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi berkata, seramai 160 anggota dan pegawai ATM dikerah ke Pulau Pinang sejak pagi tadi.

"Pegawai sudah berada di sana untuk membuat tinjauan dan melihat keperluan sebenar. Kita melihat dua aspek iaitu bantuan ketika banjir dan pasca banjir, " katanya.



Sumber Mangsa banjir Pulau Pinang dibantu - PM

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lSy0CA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.