Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pas kerah jentera parti bantu mangsa banjir di P.Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pas kerah jentera parti bantu mangsa banjir di P.Pinang

GEORGE TOWN: Pas akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri daripada Khidmat Malaysia dan petugas Unit Amal bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata semua pihak perlu mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.

"Pas merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Pulau Pinang di atas bencana banjir yang melanda.

Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan. Kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hampir keseluruhan kawasan Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak 2 petang semalam dan hujan berlarutan hingga pukul 5 pagi ini.

Semua daerah di negeri ini ditenggelami air berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat lalu bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas di George Town ialah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnavon, Jalan Anson, Halaman Bukit Gambir, Bayan Baru, Bayan Lepas, Batu Ferringghi dan Balik Pulau serta beberapa kawasan di Seberang Perai antaranya Bertam, Pongsu Seribu, Penaga Dua, Butterworth dan Seberang Jaya.

--BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zjlBg2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.