Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amaran Hujan Lebat Tahap Jingga Untuk Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Perak Sehingga Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amaran Hujan Lebat Tahap Jingga Untuk Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Perak Sehingga Hari Ini

Kuala Lumpur, 5 Nov - Malaysian Meteorological Department hari ini mengeluarkan satu amaran hujan lebat yang diramalkan melanda beberapa buah negeri di negara ini pada Ahad.

Dalam satu ramalan yang dimuat naik ke Facebook, Met Malaysia berkata Negeri Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut, Matang & Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dijangka akan mengalami hujan lebat berserta angin kencang sehingga hari ini.

Dalam pada itu, amaran hujan lebat peringkat kuning pula dijangka berlaku di Kelantan dan beberapa daerah di Terengganu.

Berikut pecahan-pecahan amaran yang telah dikeluarkan oleh Met Malaysia.

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Hujan lebat berterusan berserta angin kencang yang sedang berlaku di negeri Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dijangka sehingga Ahad, 5 November 2017.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Hujan berterusan berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Ahad, 05 November 2017.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong) dan Sarawak : Bahagian Mukah dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad 5 November 2017.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iwNsQ5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.