Wanita Dibayar Untuk Berbogel, Semata-mata Mahu Naikkan Semangat Pekerja Di Pejabat
Seorang wanita sanggup berbogel berjalan mengelilingi pejabat semata-mata mahu menaikkan semangat rakan sekerjanya.
Rakaman tular yang berlaku di Warsaw, Poland itu telah menimbulkan kemarahan ramai netizen.
Aksi wanita bogel yang hanya berkaca mata dan memakai but itu seolah-olah meniru babak dalam filem Wolf of Wall Street.
Daily Mail melaporkan, ia dipercayai dirancang oleh majikan syarikat terbabit dan wanita tersebut dibayar untuk berbuat demikian.
Menerusi video, dia berjalan melepasi pekerja lelaki di situ tanpa seurat benang dan memakai pakaian semula apabila tiba di meja kerjanya.
Walau bagaimanapun, menurut sumber wanita terbabit sudah berhenti kerja sejak videonya tersebar di Internet.
Seorang lelaki yang mengulas tentang video tersebut menyifatkan dunia sudah nak kiamat apabila manusia mula kehilangan harga diri dan berkelakuan seperti haiwan.
Namun ada juga individu dikenali sebagai Buu, mempertahankan aksi tersebut dengan mengatakan,
"Saya tidak faham kenapa ramai orang marah. Ya, gadis itu berbogel. Tak usah pura-pura terkejut macam tak pernah tengok wanita berbogel sebelum ini."
Sumber: CARI
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h5pdrH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment