Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jurukimpal tak sempat jumpa isteri, anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jurukimpal tak sempat jumpa isteri, anak

SEREMBAN: Perjalanan pulang seorang jurukimpal untuk bertemu isteri dan anaknya di FELDA Jengka, Pahang berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal ditunggang, terbabit kemalangan di Jalan Seremban - Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus.

Kejadian kira-kira jam 7.52 pagi itu menyebabkan Mohamad Syahrul Nazzim Shamsuri, 23, dari FELDA Jengka, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Abangnya, Mohd Haizat, 34, berkata dia mengetahui mengenai kemalangan menimpa adik bongsu daripada lapan beradik itu kira-kira jam 9 pagi tadi.

Katanya, adiknya baru bekerja di sebuah kilang di Rantau sebulan lalu, dan menyewa bersama-sama rakannya di sebuah rumah di Senawang.

"Dia dalam perjalanan pulang ke FELDA Jengka untuk bertemu dengan isteri dan anak lelakinya berusia tujuh bulan yang tinggal di sana, tetapi sudah takdir dia tidak sempat bertemu mereka," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, tengah hari tadi.

Mohd Haizat yang tinggal di Senawang berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya pada Aidiladha lalu di rumah keluarga mereka di FELDA Jengka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata siasatan awal pihaknya mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Seremban, terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah Kuala Pilah.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang di sebelah kanan bersama motosikal ditunggangnya.

"Pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun hanya cedera ringan dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah," katanya.

Hock Poh berkata, mangsa kemudian dibawa ke HTJ, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber Jurukimpal tak sempat jumpa isteri, anak

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yvhGO9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.