Punca isteri desak cerai, ibu angkat mati dipukul
Seorang tukang masak sebuah restoran disyaki mendera dengan memukul ibu angkatnya, seorang warga emas hingga mati. Mangsa, 70, yang didera sejak Mei lalu dipukul kerana didakwa menjadi punca desakan isteri suspek, 43, meminta cerai, lapor Kosmo!
Ketua polis daerah Klang Selatan berkata mangsa meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah akibat cedera parah di tubuh dan kepala akibat dipukul, jam 9.40 pagi.
“Akibat sering dipukul suspek, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh isteri suspek dengan bantuan ambulans pada 28 Oktober lalu,” kata ACP Shamsul Amar Ramli.
Mangsa yang tinggal bersama suspek dan isterinya disahkan meninggal dunia pagi Jumaat lalu selepas hampir seminggu mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Suspek yang ditahan pada 12 tengah malam semalam dan direman sehingga 10 November, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Akgeva
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment