Bekalan ubat antibiotik mencukupi - Subramaniam
Menurutnya, tiada berlaku kekurangan bekalan ubat antibiotik di klinik-klinik kesihatan hingga kononnya arahan dikeluarkan supaya membeli bekalan itu di klinik swasta.
Kata beliau, kementeriannya sentiasa memastikan bekalan ubat itu mencukupi walaupun kadang kala timbul isu kekurangan bekalan.
"Petugas boleh mendapatkan bekalan ubat itu dari klinik kesihatan kerajaan yang lain sekiranya klinik berkenaan tidak memiliki bekalan yang cukup."Kekurangan bekalan ubat antibiotik itu sepatutnya tidak terjadi, tetapi ia tidak boleh dielakkan sekiranya berlaku.
"Pegawai perubatan kerajaan juga diingatkan agar tidak membuat preskripsi ubat kepada pesakit dan menguruskan pemberian ubat dengan cara yang betul," katanya selepas merasmikan Simposium Bioperubatan Cambridge-Oxford-Sunway, pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ketika dihubungi Astro AWANI berkata, tiada sebarang isu mengenai kekurangan bekalan ubat antibiotik di klinik-klinik kesihatan negara ini.
Ditanya apakah langkah diambil pihaknya untuk memastikan bekalan ubat itu sentiasa mencukupi, Noor Hisham bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jHRp8L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment