Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis lari ikut teman laki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis lari ikut teman laki

PERMAISURI: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai dibawa lari oleh teman lelakinya ketika bermalam di rumah datuknya di Kampung Sungai Lerek, Chalok, di sini, Sabtu lalu.

Bapanya, Nik Mohd Azam Raja Mamat, 44, berkata pada mulanya Nik Ainul Sofea meminta izin untuk bermalam di rumah datuknya, Raja Mamat yang terletak bersebelahan rumah mereka.

Katanya, dia membenarkan permintaan anaknya itu kerana Ainul kerap menjaga ayahnya yang lumpuh dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

"Walaupun berat hati saya mengizinkan dengan meminta isteri supaya menghantarnya ke sana," katanya yang dihubungi, hari ini.

Nik Mohd Azam berkata, sebelum ini Ainul tidak mempunyai sebarang masalah dan sangat rapat dengan ahli keluarga.

"Namun dua bulan kebelakangan ini semuanya berubah apabila dia berkenalan dengan seorang lelaki melalui jiran tanpa pengetahuan keluarga.

"Dalam diam mereka kerap berhubung melalui telefon bimbit dihadiahkan ayah saya yang tujuan asalnya mudah untuk ayah minta tolong Ainul apabila perlu," katanya.

Katanya, Ainul didapati hilang kira-kira jam 2.30 pagi dengan keluar dari rumah sehelai sepinggang dan tidak membawa dokumen pengenalan diri.

"Ayah memaklumkan Ainul memberi alasan mahu pulang ke rumah kami sebelum menghilangkan diri, kami percaya dia dilarikan lelaki terbabit.

"Jika diikutkan ini adalah kali ketiga lelaki yang dikenali sebagai Wan Zulkifli Wan Mohamad, 28, membawanya lari dengan kejadian pertama pada 3 November lalu," katanya yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Chalok, tiga hari lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, kes itu masih dalam siasatan dan remaja itu masih belum dijumpai.



Sumber Gadis lari ikut teman laki

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWkVh4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.