Peminat Teruja Apabila Steven Seagal Singgah Johor
Hasil pertemuan selama dua jam antara Sultan Ibrahim dengan aktor popular Hollywood, Steven Seagal tidak didedahkan. (Gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Facebook)
Tidak kira apa jua filem yang dilakonkannya, gaya lakonan bersahaja ketika dia berlawan dengan musuh dengan aksi aikido memang menghiburkan.
Mungkin anda tidak tahu, sejarah aktor berusia 65 tahun ini pernah menjadi jurulatih aikido di Jepun sebelum berhijrah ke Los Angeles, California untuk menceburi bidang lakonan.
Popular menerusi banyak filem aksi antaranya filem sekuel, Under Siege (1992), The Glimmer Man (1996) dan Fire Down Below (1997), aktor hebat ini turut singgah ke Johor Bahru pada 20 November lalu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut status di akaun Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pelakon itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua jam dengan Sultan Ibrahim selepas pelancaran projek Forest City di Gelang Patah.
Bagaimanapun, perkara lanjut yang dibincangkan tidak diketahui. Status tersebut menerima 4,400 'likes' dan dikongsi sebanyak 380 kali.
Menerusi komen rakyat di dalam status Sultan Ibrahim itu, ramai yang teruja melihat gambar tersebut sambil mengucapkan tahniah atas pertemuan berkenaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zn6XG9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment