PERKESO laksana urusan dalam talian sepenuhnya mulai 1 Januari
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melaksanakan urusan sepenuhnya menerusi dalam talian bermula 1 Januari tahun depan.
Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata PERKESO membangunkan portal Automated SOCSO Integrated System (ASSIST) untuk memudahkan majikan berurusan dengan lebih cepat dan selamat.
Malah menerusinya bakal memanfaatkan 430,000 majikan yang mencarum dengan PERKESO.
"Mulai 1 Januari, majikan perlu menggunakan portal untuk urusan pendaftaran, mengemaskini rekod dan pembayaran caruman bulanan.
"PERKESO tidak akan lagi mengeluarkan borang jadual caruman bulanan (borang 8A) kepada majikan seperti kelaziman sebelum ini. Semua urusan dilaksanakan menerusi portal ASSIST PERKESO," katanya.
Katanya juga, majikan sudah boleh mendaftar sejak 16 November lalu.
"Borang pendaftaran boleh dimuat turun menerusi laman web PERKESO dan borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada kaunter cawangan PERKESO terdekat.
"Majikan akan menerima e-mel yang akan mengandungi ID Pengguna dan kata laluan untuk penggunaan seterusnya," katanya.
Aseh ditemui pada sidang media selepas melancarkan program TV, Inspirasi Harapan akan disiarkan di saluran Astro Ria bermula 24 November ini.
Yang turut hadir, Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed; Ketua Pegawai Sistem Insuran Pekerjaan, Datuk Mohd Sahar Darusman; Ketua Pegawai Eksekutif Celebrate TV, Fariz Mohd Nor dan Pengurus Saluran Astro Ria dan Astro Ria HD, Emarina Kamal.
Aseh berkata, program TV 13 episod ini memaparkan testimoni peserta yang menjalani aktiviti pemulihan di bawah program Return To Work (RTW).
Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang kecederaan dan penyakit yang akan berkongsi pengalaman masing-masing.
"Seramai 17,633 pekerja berjaya dipulihkan dan kembali bekerja di bawah program RTW sejak inisiatif ini dilancarkan pada 2007.
"Melalui kisah benar yang disiarkan ini, PERKESO ingin menyampaikan mesej bahawa seseorang yang hilang upaya akibat kemalangan dan penyakit mampu berdikari dan kembali produktif bekerja," katanya.-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B8Sevv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment