Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terengganu, T-Team berwajah baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terengganu, T-Team berwajah baharu

PERSOALAN yang membelenggu T-Team terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) meneruskan hasrat menghantar hanya satu pasukan dalam saingan Liga Super, musim depan.

Keputusan itu dicapai dalam Kongres Tahunan PBSNT yang dipengerusikan Presiden PBSNT, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Kuala Terengganu, hari ini.

Ahmad Razif dalam sidang medianya menjelaskan kancah Liga Super 2018 hanya akan disertai skuad Terengganu, yang akan dikenali Terengganu FC (TFC) di bawah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim.

Penjenamaan itu menyaksikan TFC II akan beraksi dalam saingan Liga Perdana dan dibarisi gabungan beberapa pemain T-Team dan Terengganu yang tidak terpilih ke TFC I serta dua pemain import.

Jawatan pengendali TFC II akan ditentukan dalam masa terdekat selepas perbincangan diadakan dengan jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan.

Ahmad Razif juga memberitahu selain TFC I dan TFC II, penstrukturan semula itu turut melibatkan kesemua pasukan di Terengganu termasuk skuad Piala Presiden (TFC III), Piala Belia (TFC IV) dan B-17 (TFC V).

“Perbelanjaan pada awal penubuhan T-Team sekadar RM3 juta namun telah meningkat kepada RM12 juta, musim ini.

“Selain sebagai langkah penjimatan, saya yakin penjenamaan semula ini mampu menambah kekuatan Terengganu untuk lebih dominan dalam bola sepak tempatan,” ujarnya.

Sementara itu, pada Kongres sama, Ahmad Razif turut mengumumkan peningkatan insentif kepada ahli badan gabungannya dari RM5,000 kepada RM50,000.

Malah, padang-padang utama di setiap daerah juga akan dinaik taraf bagi memenuhi serta selari dengan hasrat melahirkan lebih ramai pemain berpotensi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jMexmJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.