Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penganggur menyamar sebagai polis didenda RM2,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penganggur menyamar sebagai polis didenda RM2,000

KANGAR: Mahkamah Majistret Kangar hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan ke atas seorang penganggur yang mengaku bersalah menyamar sebagai anggota polis awal bulan ini.

Majistret, Shamshul Azwa Martadza menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Shahiri Sallahudin, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa memperkenalkan dirinya sebagai seorang anggota polis kepada seorang pegawai kastam di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar kira-kira pukul 3.20 petang, 2 November lepas.

Muhamad Shahiri ditangkap oleh polis semasa berada di kawasan sama pada 15 November lepas.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Siti Hajar Ahmad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Tertuduh membayar denda yang dikenakan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jHfgFt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.