Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih
Bacalah artikel di bawah untuk penerangan yang lebih jelas, tentang sihir cinta atau ilmu pengasih.
Tanda disihir
Orang yang dari dulu kita tidak suka, tiba-tiba jadi suka sangat dan nak kahwin. Sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari. Perkahwinan tiba-tiba dibatalkan kerana suka orang lain, tiba-tiba malas melayan suami, isteri.
Bagaimana disihir
Selalunya orang akan menggunakan minyak dagu. Korek kubur orang mati kemalangan atau mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dengan berita dalam newspaper untuk tahu dimana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah dan nyalakan api di dagu. Keluarlah minyak jadi minyak dagu. Nauzubillah.
Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa atau di baju mangsa dan ada juga dicalit di baju jemuran.
Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (terutamanya yang belum berbasuh dan ada peluh), baju dalam, gambar dari Facebook (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh).
Ikatan Jin Pengasih (Pemikat)
Lazimnya jin pengasih yang digunakan oleh pemakai untuk memikat wanita atau lelaki lain dalam merealisasikan niatnya.
Pengakhirannya adalah ikatan perkahwinan tanpa rela. Pemakai menikmati kehidupannya seperti biasa dengan kemegahan dan mangsa akan menuruti segala perintah suami atau isteri seperti kerbau dicucuk hidungnya.
Penghantaran Jin adalah melalui
Angin (gambar mangsa).
Minyak Pengasih (lazimnya terdiri daripada air mandian mayat, minyak bunga tanjung, minyak zaitun atau minyak wangi biasa).
Minyak akan dipuja terlebih dahulu dan di masukkan signal untuk jin bertindak apabila minyak ini telah dicalitkan kepada si mangsa.
Kezaliman ini selalunya tidak kekal lama. Ianya bergantung kepada jangka masa perjanjian yang telah dimeterai.
Berdasarkan pengalaman perawat, perjanjian biasanya berkekalan sehingga 3-5 tahun. Sepanjang masa itu, pemakai terpaksa melayan karenah jin pengasih selagi dia terikat dengan perjanjian tersebut.
Lokasi rumah jin di dalam badan mangsa
- Kemaluan (lazimnya wanita).
- Belakang badan (tulang belakang).
- Pinggang.
- Bawah ketiak.
- Jantung.
- Bawah dagu.
- Kepala.
- Perut.
Diantara simptom terkena jin pengasih
- Lupa atau sentiasa dalam keadaan khayal.
- Mimpi lelaki atau wanita penyihir berulang kali.
- Mimpi kenduri, berkahwin, mimpi berahi, syahwat
- Mimpi seperti diikat benda tertentu (Binatang, berjumpa jin jantan bagi wanita dan jin perempuan bagi lelaki).
- Mimpi budak-budak, kanak-kanak.
- Sering menghidu bau busuk pada masa dan hari tertentu. Contohnya: Maghrib, Asar, bau telur hanyir, lumpur, selut, darah, bau badan orang yang biasa kita dekati.
- Sukar mengandung.
- Sering sakit apabila datang bulan. Kemaluan seperti diikat, terasa pergerakan di dalam rahim.
- Kemaluan menjadi kecil secara tiba-tiba.
- Hilang nafsu makan.
- Sukar solat, tidak khusyuk.
- Sering bercakap seorang diri.
- Murung, stress keterlaluan.
- Merasa diri seperti berada di dalam sangkar, sukar bernafas.
- Sering merindui pemakai.
- Sukar tidur sekiranya pemakai tiada disisi.
Apabila perjanjian ini terbatal, tawar pesakit atau mangsa akan tersedar dari kehidupannya sebelum ini.
Dia akan mengingati kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini dan menyedari bahawa selama ini dirinya telah disihir.
Lazimnya, mengikut pengalaman perawatan, mangsa akan merasa benci, marah dan dendam apabila rahsia pemakai (tukang sihir) terbongkar. Ketika inilah penceraian dan pergaduhan besar akan berlaku.
Wallahu a'lam.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Minyak Kayu Balabak Ilmu Pengasih Paling Ampuh
sumber: SSHC
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ba1uQ0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment