Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isuzu Hicom teroka aspek mesra alam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isuzu Hicom teroka aspek mesra alam

PEKAN: Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd (IHM), pengeluar kenderaan komersil mahu menyesuaikan diri dengan keperluan dan teknologi baharu untuk terus relevan dan berdaya saing dalam industri automotif.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Taizo Nakahigashi berkata, perkara yang akan diberi keutamaan oleh pihaknya adalah dalam aspek mesra alam dan keselamatan, yang bakal memainkan peranan penting bagi memastikan jenama itu kekal sebagai pengeluar trak paling laris di Malaysia.

"Kita sedang membuat perubahan langkah demi langkah dalam peraturan kami dan menjangkakan industri automotif akan lebih baik tahun hadapan," katanya ketika ditemui selepas majlis meraikan 10 tahun Isuzu Hicom di Malaysia di Hotel Ancasa Royal di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Isuzu Motors Limited, Jepun, Susumu Hosoi dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom , Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Nakahigashi juga yakin dengan komitmen Isuzu untuk meneruskan kejayaan kilang IHM di sini, yang mempunyai kapasiti maksimum 16,000 unit setahun.

"Kilang IHM di Pekan adalah satu-satunya kilang Isuzu di dunia yang berkongsi kemudahan pemasangan dengan menghimpunkan beberapa model termasuk trak pikap dan trak komersial serta kini mempunyai seramai 661 tenaga kerja," katanya.

Beliau turut mengakui bahawa ciri-ciri utama produk bertanggungjawab menaikkan nilai kenderaan Isuzu dan menjadi faktor utama pelanggan beralih kepada jenama berkenaan.

"Produk-produk Isuzu sudah lama terkenal dari segi kecekapan dan keyakinan daripada pengguna. Pelanggan kita sedar bahawa kualiti utama produk kami adalah tahan lasak, boleh dipercayai dan menjimatkan bahan api membolehkan mereka mengurangkan kos operasi tanpa perlu menafikan aspek prestasi atau ketahanan.

"Ketika semua orang cuba untuk menjimatkan wang, kenderaan Isuzu menawarkan pelanggan dengan penyelesaian pengangkutan yang terbaik. Kita yakin dalam tempoh 10 tahun akan datang kita akan terus kekal sebagai pengeluar trak yang paling dikenali di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Hosoi berkata, Malaysia adalah satu daripada pasaran penting untuk Kumpulan Isuzu dengan menghasilkan kenderaan yang terbukti boleh dipercayai dan tahan lama.

"Jenama Isuzu sudah diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia, ini dibuktikan dengan kejayaan besar mencapai pasaran nombor satu dalam kategori trak selama tiga tahun berturut-turut. Ini juga usaha semua kakitangan di IHM yang berdedikasi untuk menghasilkan kualiti produk yang stabil dan berkualiti tinggi," katanya.



Sumber Isuzu Hicom teroka aspek mesra alam

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWkRxQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.