Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak Naik Lima Kali Berturut-Turut Tapi Masih Terendah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak Naik Lima Kali Berturut-Turut Tapi Masih Terendah?

Harga Minyak Naik Lima Kali Berturut-Turut Tapi Masih Terendah?

Harga minyak yang semakin tinggi pastinya dirasai semua pengguna di Malaysia. (Gambar:Newshub)

Sedar atau tidak kita sudah berdepan dengan kenaikan harga minyak sebanyak lima kali sejak awal bulan lalu! Sejak dua minggu lalu juga harga minyak mencatatkan kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 7 sen berturut-turut.
 
Harga bagi bahan api RON 95 naik 7 sen pada Khamis lalu menjadikan RM2.38 seliter manakala RON 97 naik 6 sen menjadi RM2.66 seliter.
 
Sejak dua minggu lalu juga pelbagai reaksi dinyatakan netizen. Rata-ratanya melahirkan rasa kesal dan kecewa mereka berikutan kos bahan api yang semakin membebankan.
 
Namun tahukah anda disebalik peningkatan yang ketara ini, harga minyak kita masih terendah dalam kalangan negara ASEAN?

NEGARA KE-20 TERENDAH

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di sebalik rungutan pengguna di negara ini, Malaysia sebenarnya berada di kedudukan ke-20 dalam kalangan negara Asean yang menjual minyak pada harga terendah.

Mungkin sukar untuk dihadam kenyataan ini tetapi inilah yang diperkatakan Menteri tersebut.
 
Jelasnya, kenaikan harga minyak ketika ini adalah disebabkan pergolakan di Asia Barat sehingga menjadikan harga minyak dunia meningkat.
 
Harga minyak juga akan diturunkan apabila harga bahan bakar di pasaran dunia stabil sepenuhnya.
 
“Ikut pasaran dunia kalau minyak naik kita akan naik," katanya kepada Bernama.

MEKANISMA TERBAIK PENETAPAN HARGA

Harga minyak bermula Rabu lalu hingga esok.
Tambah Hamzah lagi, mekanisme harga minyak yang digunakan secara mingguan sejak Mac lalu juga antara yang terendah dilaksanakan.

Harga baru bahan api ini ditetapkan secara mingguan pada setiap Rabu berbanding secara bulanan yang dikuatkuasakan kerajaan sebelum ini.

Jelasnya, isu kenaikan harga minyak akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam mencari jalan terbaik untuk meringankan beban rakyat. Jadi, bersama-sama kita menunggu keputusan yang akan diumumkan nanti.
 
Jika diimbas kembali harga minyak pada bulan lalu, harga minyak sebenarnya mula naik pada 12 Oktober yang ketika itu hanya sekadar RM2.16.
 
Namun, ia kemudian mengalami kenaikan harga sebanyak lima kali sehingga harga terbaru yang ditetapkan pada minggu lalu iaitu RM2.38. Jumlah kenaikan sejak 12 Oktober lalu adalah sebanyak 22 sen!

Malah, sejak beberapa hari lalu ramai netizen menjangkakan harga minyak akan terus naik lagi esok. Naik atau turun, orang ramai yang menggunakan kenderaan tetap perlukan petrol. Bertabahlah rakyat Malaysia semua!

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zo1A9D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.