Hi! Welcome Back and Stay Tune! EPA Mampu Tangani Isu Alam Sekitar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

EPA Mampu Tangani Isu Alam Sekitar


KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Alam Sekitar (EPA) yang bakal diperkenalkan kerajaan, dijangka mampu menangani pelbagai isu alam sekitar serius yang semakin meningkat.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perundangan itu boleh menyelesaikan isu pertindihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, yang menjadi antara punca beberapa kes alam sekitar gagal diselesaikan.

Katanya, pelaksanaan EPA itu tepat pada masanya dan mereka yang prihatin pada alam sekitar perlu memberikan sokongan penuh undang-undang itu.

"Difahamkan, perundangan itu membolehkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memaksa kilang haram untuk dipindahkan atau ditutup, selain memberi kuasa kepada jabatan persekutuan bertindak terhadap industri yang mencemar rizab sungai.

"Undang-undang itu juga akan memperkenalkan pendekatan penguatkuasaan baharu, dikenali sebagai 'Tujuh Kaedah Pengurusan Alam Sekitar', akan mewajibkan industri dan mereka yang terbabit dengan pembangunan mengawal selia projek secara kendiri.

"Banyak isu seperti pertanian haram, pembalakan, pembangunan tidak terkawal dan pembuangan sampah secara haram termasuk sisa toksik ke dalam sungai menimbulkan ancaman besar kepada persekitaran.

"Ketika ini, perkara itu terletak di bawah pihak berkuasa tempatan dan ia menyebabkan agensi kementerian sukar mengambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Lam Thye mahu kerajaan meneruskan rancangan menjadikan subjek alam sekitar sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran di sekolah, selain dimasukkan dalam pendidikan di tadika hingga pengajian tinggi.

Katanya, cadangan itu dijangka dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet tidak lama lagi.

"Saya percaya jika memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi pada usia muda, mereka pasti dapat membantu melindungi alam sekitar, mencegah pencemaran bunyi, udara dan air menjadi semakin teruk.

"Saya berharap semua pihak, khususnya guru dan pelajar, tidak menganggap subjek alam sekitar sebagai beban kerana apa sahaja yang mereka lakukan akan memberi manfaat dalam jangka masa panjang," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zlNk0N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.