Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perinci Wilayah Perak Selatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perinci Wilayah Perak Selatan

IPOH: Kerajaan Perak memperinci pembangunan Wilayah Perak Selatan (WPS), termasuk menjadikan daerah Muallim sebagai pusat automatif terkemuka di Asia Tenggara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata antara usaha itu ialah melalui Projek 'Kenderaan Generasi Masa Depan' 2025 (NXGV25) dalam teknologi 'Connected Autonomous Vehicle' (CAV).

Katanya, projek NXGV25 dijangka menyumbang hampir RM25 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan bakal menyediakan 12,400 peluang pekerjaan bernilai tinggi menjelang 2035.

"Pelaksanaan fasa pertama projek berkenaan akan bermula tahun depan sehingga 2023.

"Projek di daerah Muallim ini juga selaras dengan pelaksanaan Bandar Belia 1Malaysia (1MYC) khusus kepada belia yang ingin mengembangkan kerjaya dalam bidang automatif dan keusahawanan," katanya ketika membentangkan Bajet negeri Perak 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Zambry berkata, pembangunan WPS sebagai satu daripada lima koridor utama negara diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentang bajet Kerajaan Persekutuan bulan lalu.

WPS merangkumi empat daerah iaitu Muallim, Batang Padang, Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Zambry berkata, pelan pembangunan WPS di daerah Batang Padang pula merangkumi usaha menjadikan Tapah sebagai 'bandar baharu - Educity' iaitu pusat pendidikan teknikal dan vokasional serta hab pendidikan bersepadu.

Beliau berkata, sasaran kerajaan ialah menjadikannya sebagai pusat tumpuan golongan intelektual bergabung dan disatukan selaras dengan evolusi pelbagai universiti dan kampus yang akan ditubuhkan di situ.

Katanya, daerah Hilir Perak pula akan memberi tumpuan kepada industri hiliran pertanian dengan penggunaan teknologi moden dan inovasi dalam pembangunan kluster biotek.

"Sebagai daerah baharu, Bagan Datuk antara fokus utama dalam pelan Rancangan Pembangunan WPS dengan peruntukan keseluruhan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) berjumlah RM1.74 bilion," katanya.

Katanya, antara projek yang sudah dimulakan ialah jambatan Bagan Datuk - Kampung Sejagop di daerah Perak Tengah yang akan memendekkan perjalanan daerah Perak Tengah dan Manjung ke Bagan Datuk daripada satu jam kepada 15 minit.

Zambry berkata, pembangunan Bagan Datuk Water City dan Taman Perindustrian Berat Perak yang diterajui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dijangka mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan sesuai dengan unjuran penduduk daerah itu berjumlah 80,000 orang menjelang 2023.



Sumber Perinci Wilayah Perak Selatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hFIErv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.