Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan negeri bentang bajet 2018 berjumlah RM1.17 bilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan negeri bentang bajet 2018 berjumlah RM1.17 bilion

IPOH: Dengan tema ‘Rakyat Aman dan Jaya’ yang bertujuan memastikan kesinambungan pembangunan serta pengupayaan ekonomi rakyat, kerajaan negeri Perak hari ini membentangkan Bajet 2018 yang berjumlah RM1.17 bilion.

Daripada peruntukan itu, RM775.5 juta disediakan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM421.28 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

Ketika membentangkan bajet itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata bajet itu memberi tumpuan kepada lima fokus utama.

"Lima fokus tersebut ialah memacu pembangunan dan ekonomi negeri; memakmur dan mensejahterakan rakyat; melahirkan masyarakat berilmu dan generasi cemerlang; mengutamakan sara diri rakyat serta memulihara kelestarian sumber dan khazanah negeri," katanya.

Dr Zambry berkata, bajet itu digarap mewakili denyut nadi rasa orang Kampung Ketoyong di Tanjung Malim, harapan orang Sungai Nipah, Bagan Datuk, cadangan orang Parit Haji Wahab, termasuk suara anak rantau Perak yang berada di menara gading dalam dan luar negara.

“Ia diolah dengan iltizam dan tujuan, demi kemakmuran serta kesejahteraan, Perak aman dan jaya,” katanya.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM358.5 juta untuk emolumen, perkhidmatan dan bekalan (RM259.5 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM120.66 juta), pembelian aset (RM14.5 juta) serta RM2.4 juta untuk lain-lain perbelanjaan.

Manakala di bawah perbelanjaan pembangunan, RM196.16 juta diperuntukan bagi memacu ekonomi negeri, memakmur, mensejahtera dan mengupayakan sara diri rakyat (RM103.26 juta), melahirkan masyarakat berilmu dan generasi cemerlang (RM92.26 juta) dan RM29.6 juta untuk kelastarian sumber dan khazanah negeri.

"Bagi tahun 2018, unjuran hasil dan terimaan pembangunan adalah sebanyak RM1.08 bilion serta insya Allah, berkat kerjasama dan komitmen semua pihak, unjuran ini akan dapat dicapai,” kata Menteri Besar.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Dr Zambry berkata, walaupun unjuran awal mencatatkan defisit, tetapi berdasarkan pengalaman sejak tujuh tahun lalu, beliau yakin ia akan berakhir dengan lebihan.

"Kita akan mencari sumber baru dan menggunakan kaedah lebih kreatif untuk menambah pendapatan negeri, tanpa kenaikan cukai," katanya sambil menambah, antara sumber pendapatan itu ialah hasil mineral dan sumber air bawah tanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hPRwhS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.