Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda

PELAKON Nabila Huda menasihati bintang baharu agar tidak terlalu cepat berpuas hati dengan populariti yang mereka kecapi.

Nabila, 33, berkata dia sudah melalui zaman ‘jatuh bangun’ sebagai anak seni dan berharap mereka tidak mensia-siakan peluang yang diberi.

“Saya bermula dari bawah untuk sampai ke tahap ini dan melalui perjalanan berliku sebagai anak seni.

“Bila tengok pelakon baharu yang terlalu berbangga dan menunjuk dengan populariti segera yang mereka terima, pesan saya berhati-hatilah.

“Sekarang adalah waktu mengembangkan bakat dan karier, kutip lebih banyak pengalaman dan jangan cepat seronok dengan apa yang dicapai,” katanya.

Nabila ditemui pada tayangan perdana filem Rempit Sampai Langit di MM Cineplexes eCurve di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Selain Nabila Huda, filem tersebut turut dibintangi oleh Ajak Shiro, Reen Rahim, Cristina Suzanne dan Tauke Jambu.

Filem arahan pengarah Silver dan diterbitkan oleh Suhan Movies itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 November ini.

Sementara itu, Nabila mendedahkan ada juga pelakon baharu meminta dia berkongsi ilmu tentang industri.

“Ada yang bertanya kepada saya mengenai ilmu lakonan dan berminat untuk mengetahui tentang industri seni.

“Cara itu saya suka sebab kita boleh berkongsi pandangan dan idea,” katanya.

Menyebut mengenai karier lakonan, Nabila berkata dia mahu berehat sebentar daripada menerima tawaran drama yang memerlukan penggambaran yang panjang.

Pelakon filem Munafik ini mengakui keletihan selepas menjayakan drama 100 episod berjudul Dendam Aurora.

“Habis sahaja shooting drama tersebut, saya fikir nak berehat dahulu daripada mengambil tawaran lakonan drama bersiri yang memerlukan komitmen masa yang panjang.

“Alhamdulillah, penggambaran sudah selesai dan sekarang nak bercuti bersama keluarga dulu,” katanya.

The post Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B9jmdE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.