Hampir mustahil rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan, kata Bung
Bung Moktar Radin berkata aduan yang diterima mengatakan PR1MA sudah jauh tersasar dan bukan lagi menyediakan rumah mampu milik.
DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata aduan yang diterima dan pemerhatiannya mendapati rakyat hampir mustahil memiliki rumah di Wilayah Persekutuan, “cuma mungkin mampu tengok”.
Beliau menambah program rumah mampu milik kerajaan Persekutuan, Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA juga didakwa tersasar daripada matlamat asal.
“Mereka juga katakan bahawa PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) sudah jauh tersasar, bukan lagi menyediakan rumah mampu milik, tetapi tinggal rumah yang tidak mampu dimiliki,” katanya sewaktu sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Bung meminta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan apakah langkah diambil untuk membantu rakyat memiliki rumah.
Tengku Adnan bagaimanapun tidak bersetuju dengan aduan dan pemerhatian Bung itu. Beliau berkata tuduhan wakil rakyat Sabah itu terhadap PR1MA tidak adil.
“PR1MA juga membantu rakyat. Tidak adil jika katakan PR1MA hanya bangunkan rumah yang hanya mampu dilihat,” katanya.
Beliau berkata kementerian meluluskan lebih 70,000 unit rumah program Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan sebanyak 13 ribu unit sudah disiap dibina.
“Saya tidak setuju apa yang Kinabatangan sebut. Harga yang ditawarkan bermula dari RM188 ribu ringgit hingga RM300 ribu ringgit,” katanya.
Tengku Adnan menambah kementerian turut membangunkan rumah setinggan di kawasan Dewan Pandan dan dijual pada harga RM42,000, khususnya kepada kaum India.
“Rakyat kita yang tidak dapat meminjam wang, maka kita juga membantu mereka dengan meminta supaya Yayasan Wilayah Persekutuan memberikan pinjaman,” katanya.
Katanya, pembeli rumah di Desa Pandan hanya perlu membayar sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh 12 tahun.
Di bawah Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperuntukkan RM2.2 bilion untuk membina 248,000 lagi rumah mampu milik.
Kerajaan membekukan pembinaan hartanah mewah mulai 1 November ini, selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran hartanah
Pada Jumaat lepas, Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim melaporkan Malaysia mencatatkan rekod hartanah perumahan tidak terjual sebanyak 130,690 unit setakat suku pertama tahun ini, kebanyakan rumah berharga RM250,000 ke atas.
Beliau menambah 60% daripada RM121.6 bilion pinjaman perumahan baharu yang diluluskan oleh bank untuk pembelian rumah berharga bawah RM500,000.
Dalam laporan sebelum ini, Pengurus PropertyGuru Malaysia Sheldon Fernandez berkata, setakat ini tiada harga tetap bagi mengklasifikasikan sesebuah rumah sebagai “mampu milik”, dan ada keperluan mendesak untuk penetapan itu.
“Secara amnya ia bermakna rumah yang berharga antara RM300,000 hingga RM500,000. Namun mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan rendah B40 tidak akan mampu dengan harga seumpama itu,” katanya.
Kumpulan B40 merujuk kepada pendapatan isi rumah 40% terbawah dengan pendapatan sebulan RM3,900 – RM8,3000.
FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zVR4Ww
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment