Kerajaan BN Berjaya Stabilkan Harga Minyak
Minggu lepas ramai yang menjadi pakar ekonomi segera di Facebook dan Whatsapp bila minyak RON95 naik 7 sen. Bermacam macam teori keluar dan diperbincangkan. Lebih hangat dari perbincangan dalam Dewan Rakyat.
Namun segala yang panas itu hanyalah bertahan selama 2 hari sahaja, selepas itu diam balik. Semua pakar ekonomi itu menjadi pakar gambar pula bila semua sibuk menafsirkan apa maksud di sebalik lawatan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid ke hospital menziarahi Anwar Ibrahim.
Pakar pakar ekonomi pembangkang di Facebook tidak membawa isu harga minyak ini ke mana mana pun. Semalam, dalam satu kenyataan media, Kementerian Kewangan telah menyatakan bahawa kerajaan akan masuk campur dan akan mengenal pasti langkah bersesuaian sekiranya harga runcit RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.
“Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini telah mencecah lebih AS$60 (RM249) setong. Berdasarkan kepada trend kenaikan harga minyak mentah dunia sejak kebelakangan ini, kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan itu,” menurut kenyataan Kementerian Kewangan.
Dua minggu berturut turut, harga minyak naik 7 sen dan menjadi RM2.38 seliter pada minggu lepas. Hakikatnya, sejak diperkenalkan penetapan harga minyak mingguan ini sejak 6 April 2017, sudah 12 kali harga minyak turun sebanyak 74 sen. Manakala sejumlah 20 kali harga minyak naik sejumlah 82 sen. Jika dihitung kembali ianya baru mahal 8 sen berbanding harga sebelum penetapan harga mingguan ini.
Diulangi kembali, baru 8 sen. Beruang Biru sebelum ini ada mengulas apakah kenaikan harga minyak ini amat amat menekan rakyat? Mana lagi penting, beri subsidi BR1M atau beri subsidi minyak? Baca ulasan ini,
http://ift.tt/2zVIEhA
Jangan mudah beremosi dan marah sebelum mengira dengan habis satu persatu. Menurut data Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sehingga 30 Jun 2017, jumlah kenderaan di jalan raya berjumlah 28,181,203 juta unit.
Terdapat 13,288,797 juta kereta dan 12,933,042 juta motosikal yang didaftarkan, serta 185,035 kenderaan perkhidmatan awam (PSV) termasuk bas, teksi dan kenderaan sewa persendirian.
Di negara kita ini, sejumlah 760,000 tong minyak mentah digunakan sehari. Ini bermakna bahan bakar digunakan dalam sehari adalah 760,000 x 159 = 120,840,000 liter sehari. Kalau diberi subsidi 1 sen untuk seliter, maka kerajaan perlu membayar RM1,208,400 untuk 1sen.
Kalau 10 sen subsidi, bermakna bagi sehari kerajaan kena bayar RM12,084,000. Bagi tempoh setahun, RM1,208,400 x 365 hari = RM441,066,000 bagi satu sen, Jika 10 sen jumlahnya akan jadi RM4.41billion.
Kalau beri subsidi 50 sen seliter, jumlahnya akan menjadi RM22 billion atau hampir separuh dari jumlah peruntukan pembangunan dalam Bajet 2018. Nilai RM22 billion ini adalah sama dengan nilai jumlah keseluruhan eksport “crude oil” Malaysia pada tahun 2016.
Hanya untuk subsidi minyak habiskan RM22 billion. Semua orang dapat subsidi minyak ini, termasuklah yang naik kereta mewah, Buggati Veyron, Bentley, Jaguar dan Porshe Cayanne. Lebih baik beri subsidi tersasar kepada mereka yang memerlukan sahaja, bukan mereka yang anggap BR1M sebagai rasuah dan dedak.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dalam satu forum pada Ahad lepas menyatakan kerajaan BN pusat masih memberi subsidi kepada rakyat berjumlah RM86 billion secara keseluruhannya.
“Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, subsidi secara langsung yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat adalah sebanyak RM26 bilion. Ia diberikan melalui pelbagai skim subsidi. Manakala subsidi secara tidak langsung yang diberikan oleh kerajaan pula berjumlah RM60 bilion” kata Datuk Seri Johari.
Seorang pelajar sekolah di Malaysia masih mendapat subsidi kerajaan berjumlah RM700 sebulan manakala di universiti pula subsidi kerajaan untuk 670,000 orang pelajar di IPTA adalah berjumlah RM1,700 sebulan. Pemberian subsidi sebegini lebih tersasar dan dapat ke tangan mereka yang benar benar memerlukan.
Jika hendak dihabiskan RM22 billion kepada minyak sahaja ianya bukan satu langkah yang bijak dan produktif untuk ekonomi negara. Venezuela minyaknya adalah yang paling murah di dunia, namun pembangunan ekonomi di Venezuela adalah negatif dua belas peratus.
Hari ini, kerajaan Malaysia sudah berjaya mencari penyelesaian tentang harga minyak. Harga minyak di negara ini masih di tangga ke-17 termurah di dunia. Kerajaan sudah menyatakan akan masuk campur jika harga minyak melebihi RM2.50 sen secara berterusan selama tiga bulan.
Pembangkang sekarang tidak lagi janji hendak turun harga minyak macam dahulu. Mereka cakap hanya mahu stabilkan harga minyak sahaja. Buat apa lagi percaya kalau tukar kerajaan maka harga minyak boleh stabil atau turun. Itu hanya janji yang belum tentu ditepati.
Kerajaan yang ada sekarang sudah terbukti dan berjaya stabilkan harga minyak pada kadar yang berpatutan untuk rakyat Malaysia.
Tulisan :
Beruang Biru
BB668, Selasa
21 November 2017.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hHZMNs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment