1MDB Bukan Sebab Utama, Mereka Memang Hendak Jatuhkan Najib
Dalam satu wawancara Anda Tanya Kita Jawab, Diskusi Umno-Online, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah mendedahkan bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak membangkitkan langsung mengenai isu wang derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Justeru kata Annuar, dakwaan bahawa Muhyiddin dipecat dari jawatannya selepas menegur presidennya, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB adalah tidak benar.
``Saya yang jadi saksi. Ada orang kata kerana Muhyiddin tegur Najib dalam MT, bohong. Sepanjang mesyuarat MT, Muhyiddin tak pernah bangkit isu 1MDB,'' kata Annuar ketika mendedahkan mengenai perkara itu.
Annuar juga mendedahkan beliau pernah mengaturkan satu pertemuan dengan Muhyiddin untuk mendapatkan gambaran sebenar perkara itu tapi mesyuarat itu tidak pernah diadakan.
Muhyiddin juga katanya, tidak pernah menegur atau menyoal Najib mengenai perkara itu dan memilih untuk berdiam diri.
Keadaan ini menyebabkan ahli-ahli MT berasa aneh kenapa Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden tidak membuka mulut.
Jika 1MDB itu adalah isu utamanya, sudah pasti Muhyiddin akan membangkitkan perkara berkenaan dalam mesyuarat MT sebelum ia didedahkan kepada pengetahuan umum dan orang ramai.
Jadi, berdasarkan kepada pengakuan Annuar ini maka terbuktilah bahawa 1MDB sebenarnya bukan sebab utama untuk beberapa pihak tertentu mahu menjatuhkan Perdana Menteri.
Sebaliknya mereka sudah berniat untuk menjatuhkan beliau lalu digunakanlah isu 1MDB ini.
1MDB sebenarnya hanyalah sebagai alat tetapi malangnya ia tidak boleh dijadikan sebagai `peluru' lagi selepas pihak-pihak yang terbabit dengan siasatan 1MDB telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri telah bebas daripada sebarang tuduhan penyelewengan.
Dan menerusi tulisan bekas editor MerdekaReview, Lim Hong Siang di portal pembangkang MalaysiaKini bertajuk `Mahathir sebagai PM strategi terbaik HARAPAN?' ia mengesahkan apa yang rakyat Malaysia tahu selama ini iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Mahathir Mohamad hanya berpakat untuk menjatuhkan Najib sahaja.
Dalam tulisannya itu, Lim berkata, PH terlalu gopoh untuk mengumumkan (atau membocorkan?) calon Perdana Menterinya dan membangkitkan persoalan apa akan berlaku sekiranya Mahathir diumumkan sebagai calon PM?
Tidak ada sebenarnya dalam gandingan itu keutamaan berkaitan teknologi, keutamaan tentang sistem pengangkutan awam, dasar pendidikan atau perancangan untuk rakyat sebaliknya hanya untuk menjatuhkan Najib.
Justeru bukalah mata dan lihat bagaimana 1MDB dijadikan sebagai isu dan senjata untuk menjatuhkan Najib. Walaupun mereka tahu mereka tiada bukti dan asas untuk menuduh beliau, namun ia terus dibangkitkan bagi memberikan persepsi buruk kepada Perdana Menteri.
Mereka akan terus menanam di kepala rakyat kononnya Najib terlibat dengan 1MDB. Itulah tuduhan kitar semula yang dilakukan dan dimainkan sepanjang masa, umpama piring hitam yang sudah rosak.
Jangan jadikan diri terpedaya dengan permainan pembangkang ini. Tolaklah PH semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti. Tolaklah parti yang kelam kabut dan tiada arah tuju ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB709, Khamis
21 Disember 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BbvkDk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment