Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tun Dr Mahathir Sudah Terdesak Di 'Saat-Saat Genting' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tun Dr Mahathir Sudah Terdesak Di 'Saat-Saat Genting'



PELBAGAI usaha telah dilakukan oleh pihak pembangkang bagi meraih sokongan dan kepercayaan rakyat, apatah lagi dalam ‘saat – saat genting’ seperti waktu sekarang yang boleh dikira sebagai ambang menuju Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14).

Selain dari melakukan pelbagai tindakan – tindakan pelik, PAS percaya bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus mengamalkan politik terdesak dalam usaha menarik sokongan rakyat menjelang ‘tarikh keramat’ berkenaan.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah beliau dipetik berkata, berdasarkan pengamatan pihaknya, bekas Perdana Menteri itu akan melakukan apa sahaja sebagaimana pendirian terbaharu beliau yang bersungguh-sungguh menggesa bekas Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Padahal, jelas beliau, Tun Dr. Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab memasukkan Anwar ke dalam penjara dengan menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perbuatan menjijikkan sebelum ini, malah perkara ini juga diketahui oleh umum.

“Semua ini politik terdesak yang ditunjukkan Dr. Mahathir kerana kita nampak beliau sudah tidak tahu buat apa lagi untuk mendapatkan sokongan.

“Berdasarkan pengalaman kita, Dr. Mahathir ini dilihat boleh buat apa sahaja, mungkin dekat PRU-14, ada benda-benda lain lagi yang pelik akan keluar.

“Saya percaya, rakyat sama sekali tidak akan terpengaruh dan terperdaya dengan politik Dr. Mahathir ini,” katanya kepada pemberita selepas ceramah umum di Lundang, Kota Bharu kelmarin.

Mohd Amar berkata demikian bagi mengulas tindakan Tun Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menggesa agar Anwar segera dibebaskan dari penjara.?

Untuk rekod, Dr. Mahathir membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley dengan menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera. -KLX

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BVnHof

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.