Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Trump Gugup? Sakit? Pegang Cawan Guna Dua Tangan, Cetus Kebimbangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Trump Gugup? Sakit? Pegang Cawan Guna Dua Tangan, Cetus Kebimbangan


PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan kebimbangan rakyat negara itu apabila dilihat memegang cawan dengan dua belah tangan ketika berucap di White House, pada Isnin.

Trump ketika itu menyampaikan ucapan berkenaan strategi keselamatan kebangsaan, sebelum berhenti seketika untuk minum air.

Tidak seperti kebiasaannya, Trump mengambil cawan menggunakan dua belah tangan, seperti yang biasa dilakukannya oleh kanak-kanak.


Laman sosial Twitter terutamanya, dibanjiri pelbagai komen 'mendiagnosis' keadaan Trump itu sebagai simptom awal penyakit demensia.


Biarpun ramai yang berpendapat ia mungkin akibat rasa gementar, namun netizen pantas mengimbas kembali satu insiden yang hampir sama sebelum ini di mana Trump memegang botol air mineral juga menggunakan kedua belah tangan, sebelum meminumnya.

Presiden ke 45 AS itu juga baru-baru ini pernah tersasul ketika berucap apabila menyebut perkataan 'States' sebagai Shhtates dan 'much' sebagai muchsh.

Demensia secara umumnya ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan fungsi otak yang menyebabkan pengurangan pada keupayaan berfikir dan mengingati, secara perlahan-lahan.


Sumber: Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B8tGlR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.