Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bimbang Sungai ‘Hilang’, Perak Minta Bantuan Putrajaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bimbang Sungai ‘Hilang’, Perak Minta Bantuan Putrajaya




Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata negeri itu berdepan masalah kecetekan sungai yang kritikal khususnya di Sungai Perak yang merupakan sumber bekalan air negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut termasuk melakukan pendalaman sungai.

“Ini kerana jika kerja-kerja untuk mendalamkan sungai tidak dilaksanakan dengan segera tidak mustahil beberapa sungai di negeri ini akan 'hilang',” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Tahunan Jawatankuasa Tindakan Jurutera Air Daerah Se-Malaysia ke-30 di sini, malam tadi.       

Persidangan selama tiga hari itu yang bermula semalam disertai 141 delegasi daripada Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara; Pengurusan Aset Air Berhad serta syarikat bekalan air dari Sabah dan Sarawak.       

Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Air Perak Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa berkata isu yang sering dihadapi oleh semua operator ialah pembiayaan bagi membangunkan infrastruktur air termasuk penggantian paip melebihi jangka hayat.

Katanya ia merupakan satu daripada faktor menyebabkan masalah kadar kehilangan air tak berhasil (NRW) di negara ini berada pada tahap yang tinggi iaitu kira-kira 36 peratus.   

“Paip lama ini terutama dari jenis simen asbestos (AC)  menyebabkan kadar kebocoran fizikal yang tinggi melebihi 75 peratus. Sebanyak 42,000 kilometer atau 25 peratus paip AC yang melebihi jangka hayat ketika ini di seluruh negara,” katanya.       

Mengenai persidangan itu, Mohd Yusof berkata ia merupakan platform bagi membincangkan isu semasa dan menyuarakan cadangan untuk melestarikan industri air selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030. ― Bernama

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BfFJ0V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.