Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ramai Rakyat Malaysia Melancong Luar Negara Walaupun 'Complain' Minyak Mahal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ramai Rakyat Malaysia Melancong Luar Negara Walaupun 'Complain' Minyak Mahal




Secara statistiknya, nisbah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara adalah lebih tinggi berbanding rakyat Amerika Syarikat dimana dua pertiga penduduk negara berkenaan tidak memiliki pasport antarabangsa.

Artikel kolumnis Malay Mail Online tulisan Tay Tian Yan menyebut, menjadi trend di Malaysia untuk melancong di hujung tahun samaada ke destinasi domestik atau luar negara.

Pemerhatian beliau mendapati, masyarakat Cina Malaysia paling banyak melancong, dan kekerapannya setahun lebih tinggi daripada apa yang berlaku di Singapura dan Hong Kong.

"Ramai mendakwa orang Barat banyak melancong, tetapi saya ingin menjelaskan mereka jauh ketinggalan dibelakang kita.

"Statistik menunjukkan bahawa hanya satu pertiga rakyat Amerika memiliko pasport Antarabangsa yang sah. Dalam kata lain, hampir dua pertiga rakyat Amerika tidak pernah menjejakkan kaki mereka ke tanah asing, dan bagi mereka yang sudah, hanya Kanada dan Mexico berkemungkinan destinasi antarabangsa mereka," jelas beliau.

Ujarnya, trend melancong mungkin tiada kena mengena dengan budaya atau genetik seseorang tetapi pastinya ia terkait langsung dengan wang.

"Anda tidak boleh melacong tanpa wang. Boleh ke?

"Sudah tentu ada yang mendakwa melancong sudah sebati dalam diri mereka, dengan atau tanpa wang. Ianya difahami, terutama bagi golongan muda.

"Persoalannya adalah, anda perlu mengutamakan keperluan asas terlebih dahlu sebeum mempunyai wang lebihan bagi tiket penerbangan, penginapan dan merasai budaya eksotik.

"Perbelanjaan mewah berkaitan pelancongan nampaknya tidak selari dengan rungutan tanpa henti mengenai kenaikan mendadak harga minyak dan barangan," ujarnya.

Tambah Tian Yan, ketika harga minyak meningkat sehingga 7 sen bulan lalu, seorang rakannya merungut memaki hamun seolah-olah ianya telah membuatkan kehidupan sehariannya musnah.

"Masalahnya, dia baru sahaja menempah pelacongan ke Greece dan Turki untuk seluruh ahli keluarganya, dan bil RM10,000 umpama kacang baginya," katanya.

Jelas beliau lagi, ada ahli politik turut mendakwa ekonomi Malaysia akan bankrap dan ianya dipercayai ramai sungguhpun realitinya negara mencatatkan pertumbukan KDNK 6.2 peratus pada suku ke-3 2017, peningkatan 7.2 peratus sektor swasta dan rizab antarabangsa Bank Negara cukup untuk menampung import untuk tempoh 7.5 bulan.

"Ramai yang terlebih tafsir penutupan kedai dim sum Hong Kong dan syarikat kosmetik Korea dari pasaran Malaysia, mendakwa ianya kiamat (ekonomi) sudah hampir, tanpa melihat kedai-kedai baharu tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

"Ekonomi adalah bidang saintifik dan profesional yang tidak perlu disempitkan dengan perasaan atau keingginan seseorang individu.

"Benarlah masih ada golongan miskin dalam negara, dan masalah tetap wujud dalam ekonomi kita. Kita memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam pada waktu sama, tidak dinafikan ramai yang sudah berjaya.

"Saya bukanlah seorang yang optimis ataupun penafi, tetapi bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan ekonomi negara, kita pertamnya haruslah keluar dari sikap prejudis partisan. Kita mesti melihat perkara ini secara menyeluruh dan profesional," katanya lagi.

- mD










✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BQ2Xyj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.