Dron Boeing MQ-25 Stingray Diperlihatkan Untuk Misi Mengisi Minyak Jet Pejuang Ketika Di Udara
Tentera Laut Amerika Syarikat mempunyai beberapa sistem dron yang sedang diuji untuk tujuan pemantauan musuh, mempertahankan kapal induk dan memburu kapal selam. Mereka telah mengumumkan program Unmanned Carrier Aviation Air System (UCAAS) yang memerlukan dron yang mengisi minyak ke atas jet pejuang. Boeing MQ-25 Stingray baru sahaja diperlihatkan yang ingin memenangai kontrak program ini.
MQ-25 Stingray adalah dron kedua diumumkan untuk program UCAAS ini selepas General Atomics Sea Avenger. Dron yang dipilih akan mengambil alih tugas mengisi minyak jet tempur kapal pengangkut pesawat yang selama ini dilakukan oleh jet panduan manusia seperti Boeing F/A-18 Hornet. Kemampuan mengisi semula minyak ketika di udara adalah penting untuk keperluan misi kerana memanjangkan tempoh penerbangan sekaligus kemampuan melakukan misi.
Dron pengisi minyak ini adalah sebuah lagi fiksyen sains yang telah menjadi realiti. Di dalam filem Stealth, sebuah belon udara swaterbang digunakan untuk melakukan perkara yang sama seperti UCAAS.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z0lr9u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment