Kerjasama YouTube Baru Mengukuhkan Lagi Ura-Ura Perkhidmatan Penstriman Muzik Berbayar
Hanya dua minggu yang lalu yang kami melaporkan ura-ura YouTube akan melancarkan perkhidmatan penstriman muzik mereka sendiri. Hari ini Bloomberg melaporkan yang mana YouTube telah pun menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman Universal Music Group dan juga Sony Music Entertainment.
Kedua-dua syarikat ini menyertai Warner yang juga sebelum ini menandatangani perjanjian yang sama. Persetujuan ini mengukuhkan lagi ura-ura kemungkinan YouTube akan melancarkan perkhidmatan penstriman muzik mereka seawal bulan Mac 2018.
Perjanjian-perjanjian ini juga memastikan bayaran royalti kepada artis akan dipertingkatkan dan pada masa yang sama kandungan yang melanggar hak cipta akan dibuang dengan lebih pantas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2koTHHp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment