Hi! Welcome Back and Stay Tune! Annuar Musa Dedahkan Bagaimana Muhyiddin Bohong MT, Ada Niat Mahu Jatuhkan Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Annuar Musa Dedahkan Bagaimana Muhyiddin Bohong MT, Ada Niat Mahu Jatuhkan Najib



Dakwaan kononnya bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatannya selepas menegur presidennya, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB adalah tidak benar.

Sebaliknya menurut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Muhyiddin tidak pernah sekali pun membangkitkan isu 1MDB pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan hanya mendiamkan diri ketika isu itu pertama kali tercetus pada tahun 2015.

“Saya yang jadi saksi. Ada orang kata kerana Muhyiddin tegur Najib dalam MT, bohong. Sepanjang mesyuarat MT, Muhyiddin tak pernah bangkit isu 1MDB.

“Kala dia nak menafikan, hanya di saat akhir. Masa dia dah berkrisis, dia dah buat kelakar dengan berucap di Cheras.

“Baru dia nak buat MT buat justifikasi, itu pun dia masih bersikap mempertahankan,” kata Annuar merujuk kepada ucapan Muhyiddin yang dibuat di mesyuarat bahagian UMNO Cheras yang mempersoalkan cara Najib mengendalikan 1MDB pada 2015.

Dua hari selepas menyampaikan ucapannya itu, Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam satu rombakan kabinet.

Beliau kemudian dipecat dari jawatannya sebagai timbalan presiden UMNO pada Julai lalu.

Annuar berkata demikian ketika menjawab soalan yang ditujukan dalam forum UMNO Online yang dikendalikannya hari ini.

Forum itu bertajuk “UMNO – Parti untuk masa depan” dan disiarkan menerusi saluran YouTube milik parti itu.

Tambah Annuar ketika kemuncak skandal itu – apabila Najib dituduh menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya – Muhyiddin tidak menyoal Najib mengenai perkara itu dan memilih untuk berdiam diri.

“Masa itu ahli-ahli MT berasa aneh kenapa timbalan presiden tak buka mulut? Kenapa timbalan presiden tak panggil-panggil kami.

“Kalau presiden kononnya buat tak betul, timbalan presiden ada pandangan berlainan, (beliau sepatutnya berkata sesuatu),” katanya.

Annuar berkata beliau juga cuba mengaturkan satu pertemuan dengan Muhyiddin untuk mendapatkan versi kejadian itu tetapi mesyuarat berkenaan tidak menjadi kenyataan.

“Saya menelefon pegawai Muhyiddin untuk mengaturkan satu perjumpaan untuk saya hantar satu delegasi dan kami semua lantik MB Pahang (Datuk Seri Adnan Yakub) untuk pergi dengan Muhyiddin bincang.

“Nak dengar cerita dia apalah benda sebenarnya. Belum sempat nak atur perbincangan itu, dia pergi letupkan di Cheras.

“Maknanya secara diam, dia aturkan rancangannya untuk menjatuhkan Najib. Dalam MT dia tak bercakap,” katanya.







✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BUZzCe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.