Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis London Akan Menggunakan Kecerdasan Buatan Bagi Mengesan Pornografi Bawah Umur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis London Akan Menggunakan Kecerdasan Buatan Bagi Mengesan Pornografi Bawah Umur

Beberapa tahun yang lalu negara dikejutkan dengan berita Nur Fitri Azmeer Nordin, seorang pelajar Malaysia di UK yang disabitkan kesalahan memiliki pornografi kanak-kanak bawah umur. Sebanyak 30,000 gambar dan video ditemui pada komputer milik beliau. Nur Fitri kemudian dihantar pulang bagi meneruskan pelajaran dan rakyat secara majoriti beliau akan bebas melakukan kesalahan yang sama di Malaysia.

Proses mencari bahan bukti yang tersimpan di dalam komputer dan peranti suspek kini masih lagi digunakan oleh pihak polis secara manual. Akhbar The Telegraph melaporkan proses mengesan kewujudan pornografi bawah umur bakal dilakukan oleh kecerdasan buatan oleh Metropolitan Police kota London.

Penggunaan kecerdasan buatan akan mempercepatkan proses mencari bahan bukti. Tetapi kelebihan utamanya ialah tiada anggota polis yang mengalami trauma melihat ribuan imej menjijikkan yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Sistem ini dijangka beroperasi dalam masa tiga tahun. Buat masa ini perisian pengenalan imej telah digunakan bagi mengesan gambar pistol, dadah dan wang dari peranti suspek. Penggunaan kecerdasan buatan amat diperlukan kerana pada tahun 2016, sebanyak 53,000 peranti telah dirampas oleh Metroplitan Police bagi mencari bukti jenayah. Angka ini akan semakin meningkat dan anggota polis manusia tidak akan dapat mencari bukti dengan pantas berbanding kecerdasan buatan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z2oXAv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.