Hi! Welcome Back and Stay Tune! SIAPA PENIPU LEBIH BESAR??? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SIAPA PENIPU LEBIH BESAR???






Mengikut laporan media yang disiarkan pada 27 Mac 2017,  Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsudin memberitahu, rakyat Malaysia menanggung kerugian lebih RM10 juta disebabkan penipuan visa umrah sejak tahun 2012 yang lalu.

Katanya, kerugian itu merangkumi 266 kes yang dilaporkan kepada kementeriannya.

“Tindakan berurus niaga dengan syarikat atau individu tidak berlesen yang menjadi ejen jualan tiket, terutamanya secara dalam talian merupakan tindakan yang sangat berisiko dan mendedahkan  orang ramai kepada penipuan.

“Semua agensi pelancongan berlesen mestilah mengambil usaha secukupnya dalam memastikan status rakan niaga mereka sama ada berlesen atau tidak,” Mas Ermieyati kepada para wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah di Kuala Lumpur.

Berdasarkan  kenyataan beliau itu, bermakna jumlah kerugian akibat penipuan visa umrah sebanyak RM10 juta antara 2012 hingga 2017 adalah bersamaan dengan RM2 juta setahun.

Tetapi, melalui sistem IMAMS yang diperkenalkan oleh kementerian itu yang kini telah dibatalkan akibat bantahan orang ramai, syarikat pengendalinya  dijangka mampu mengutip "tol" daripada jemaah umrah sebanyak lebih RM26 juta setahun.

Angka itu meliputi bayaran RM90.10 yang dikenakan kepada setiap jemaah umrah di mana pada tahun lalu, umat Islam yang menunaikan umrah adalah berjumlah 240 ribu orang dan angkanya diramalkan mencecah 290 ribu pada tahun depan.

Dalam erti kata lain, untuk menyelamatkan penipuan visa umrah yang berjumlah RM2 juta setahun, IMAMS diwujudkan dengan memangsakan semua jemaah umrah sehingga syarikat pengendalinya senang-senang mampu mengumpul kutipan kira-kira RM26 juta setahun. 

Daripada jumlah itu, ditolak GST sebanyak RM5.10 yang masuk ke kantung kerajaan dan RM40 untuk insurans (meskipun insurans berkelompok untuk umrah boleh didapati hanya antara harga RM15-RM20 seorang), bayangkan berapa banyak keuntungan yang mampu dijana oleh syarikat pengendali IMAMS secara mudah dan berselindung di sebalik keinginan mengelakkan umat Islam daripada penipuan untuk beribadah ke tanah suci Mekah.

Maka, siapa penipu yang lebih besar sebenarnya?

Jadinya, untuk apa kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkeras mahu menggantikan sistem lain menggantikan IMAMS jika akhirnya ia tetap berupa satu bentuk samunan di siang hari juga? (ShahbudinHusin 17/12/2017).


✍ Sumber Pautan : ☕ WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kMQVv1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.