Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib 'Gentleman' Hormat Musuh, Mahathir Penjarakan Musuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib 'Gentleman' Hormat Musuh, Mahathir Penjarakan Musuh




Terdapat perbezaan besar antara pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri pemerintah negara, kata pemimpin UMNO Sabah, Datuk Ramlee Marahaban.

Katanya, Dr Mahathir sepanjang memerintah selama 22 tahun menghukum musuh politiknya dengan kejam dan memenjarakan sesetengah daripadanya kerana menentang kerajaan.

Najib pula kata Ramlee amat berbeza, semenjak mengambil alih tugas Perdana Menteri pada 2009 sentiasa menghormati musuh politiknya.

“Apabila pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke hospital, Najib meluangkan masa melawatnya,” katanya sambil menambah Najib bukan individu pembenci dan pendendam seperti Dr Mahathir.

Dipetik laporan FMT, Ramlee hairan apabila Dr Mahathir kini boleh berkongsi pentas bersama pemimpin-pemimpin pembangkang yang pernah diseksanya selama bertahun-tahun.

Beliau merujuk kepada penyertaan Dr Mahathir didalam arena pembangkang sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan kemudiannya diangkat menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut mengenai 'sumbangan' Dr Mahathir sepanjang memerintah negara, Ramlee berkata bekas Perdana Menteri itu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk 'mendiamkan' musuhnya.

“Kami tiada kuasa untuk bersuara menentangnya kerana beliau akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap kami.

“Sabah diabaikan di bawah pemerintahannya. Memang beliau ada memberikan dana, tetapi jumlah itu sangat sedikit.

“Beliau jarang melawat kami di sini, tetapi Najib selalu datang bukan kerana beliau fikir kami ialah deposit tetap BN, tetapi kerana beliau faham beliau ialah PM untuk semua, bukan hanya rakyat di Semenanjung,” jelasnya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah menegaskan, Sabah kini mendapat perhatian Najib malah pemimpin dari Sabah dan Sarawak turut diberikan portfolio di Putrajaya dan jawatan didalam barisan menteri kabinet.

Ramlee turut menyatakan kekecewaannya terhadap Dr Mahathir gagal memanfaatkan kelebihan usianya dengan mengkritik syor persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) demi mencemarkan nama baik Najib.

“Beliau mengatakan usaha itu ialah cubaan gerimander yang akan memanfaatkan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi SPR, sebuah badan bebas akan sentiasa menjalankan proses ini pada bila-bila dan di mana sahaja yang dirasakan sesuai,” ujarnya lagi.

- mD

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BVoci7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.