Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Razak Dicintai Allah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Razak Dicintai Allah




PALING sukar untuk diakui oleh pembangkang adalah akan sikap baik dan teladan yang dimiliki Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Sahih! Pelbagai sikap terpuji yang ada pada Perdana Menteri jarang ada pada diri orang lain.

Salah satu sifat yang ada pada Najib adalah pemaaf. Tidak semua orang memiliki sifat seperti itu kecuali orang yang beriman dan bertakwa sahaja.

Lihat bagaimana Najib memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2015 dan 2016 walaupun bekas bossnya itu tak henti-henti mahu 'membunuhnya' secara gerila.

Juga bagaimana Najib lebih tiga kali menghulurkan salam perdamaian dan silaturrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada awal krisis antara mereka berdua.

Namun semasa PAU2016, Mahathir dan Muhyiddin dilihat angkuh, sombong dan ego untuk terima salam perdamaian oleh Najib.

Dalam Al Quran surah Ali Imran ayat 132, Allah mengingatkan ;

"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan."

Dalam situasi yang berlaku sekarang, bukan mudah untuk seseorang seperti Perdana Menteri untuk menanamkan sifat pemaaf dalam diri.

Namun Najib tidak mengalah terhadap hasutan syaitan. Beliau pilih untuk menjadi pemaaf dan bersih hati.

Percayalah sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf sentiasa berada dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Rasulullah SAW sendiri pernah berhadapan dengan kemarahan tatkala menyaksikan bagaimana bapa saudaranya, Sayidina Hamzah Abu Talib dibunuh dengan kejam dalam perang Uhud.

Kemarahan dan perasaan dendam Rasulullah akhirnya dilembutkan Allah apabila turunnya ayat Al Quran yang meminta Rasulullah tabah serta bersabar dengan ujian besar yang diterimanya.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 159 bermaksud,

"Kalaulah engkau bersikap kasar dan keras hati terhadap mereka, tentulah mereka akan lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah kesalahan mereka." - KAKI PALU


✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BcPSvn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.