Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cinta Berputik Dalam Grab, Rahsia Bagaimana Gadis Berbadan Gempal Ini ‘Pikat’ Jejaka Dari Morocco. Sweet! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cinta Berputik Dalam Grab, Rahsia Bagaimana Gadis Berbadan Gempal Ini ‘Pikat’ Jejaka Dari Morocco. Sweet!


Mungkin pada dunia, dia ditertawakan kerana bentuk tubuhnya yang besar, namun pada suaminya, dia cukup sempurna. Itu yang boleh diungkapkan kepada pasangan dua dunia Aiffa Syakirin Abd Majid dan suaminya, Badr Kebdani.

Sudah tiba masanya kita berhenti mengucapkan tahniah kepada lelaki kerana tertarik kepada wanita yang ‘tidak cantik’ seperti didefinisikan dunia. Semalam, sebuah foto mengabdikan momen persandingan yang indah mendapat perhatian ramai dengan hampir 9000 tanda likes di akaun Instagram Aiffa. Lebih menarik, adalah apabila kami mendengar kisah percintaan mereka yang bermula secara tidak sengaja.

Cinta berputik dalam Grab


Kisahnya macam ini, akak seorang pengasuh dan part-time pemandu Grab. Tahun lepas, lebih kurang dalam bulan 10 ke 11 macam tu, husband akak travel ke Malaysia dan Singapore. Akak tinggal di JB. masa husband dari Singapore masuk ke Malaysia.. di CIQ, dia pun guna Grab akak untuk ke Airport Senai. Akak memang seorang yang peramah lagi-lagi dengan outsiders. Hehehehe…jadi dalam perjalanan tu akak borak lah dengan husband ni sampailah airport tu. Selang beberapa hari…


Berhubung secara berjauhan selama setahun


Akak dapat Whatsapp dari husband… Masa tu, husband dah balik Morocco dah… Kami berhubung jarak jauh… Selama setahun… Hanya berhubung guna WA, Skype dan Messenger… Husband akak ni dia petani kat sanan… Setiap kali musim sejuk dia tak bercucuk tanam… Jadi dia akan travel, tu yang last year dia travel Malaysia dan Singapore. Jadi, tahun ini, masuk je bulan 11 hari tu, dia travel ke sini sekali lagi untuk melamar akak dan terus kahwin..

Seperti yang dijangkakan, foto itu menerima serbuan reaksi dari netizen. Rata-rata memuji sikap positif Aiffa terhadap tubuh badannya dan cara suaminya itu mencintainya. Dalam kata-kata Aiffa:

Sepanjang perkenalan kami, dia tidak pernah buat akak rasa self-conscious dengan diri akak. Masa borak dalam Grab tu, dia rasa akak honest… sebab akak cerita akak full-time pengasuh, part-time Grab… So dia ckap akak independent… Walau badan besar tapi aktif… Bila lama berkawan, dia paling suka sebab akak tak hipokrit and penyayang kat budak-budak. Paling penting dia cakap, dia rasa akak jujur.. sempoi…kelakar.


Bila kami bertanya apa yang membuatkan Aiffa terbuka hati untuk menerimanya, dia berkata:

Dia betul-betul put effort dia. Semata-mata datang sini sekali lagi untuk kahwin dengan akak. Dia buktikan kesungguhan dia. Morocco bukan dekat, jadi bila dia betul-betul datang jumpa family… Datang dengan cara baik… Sebab tu akak terima…Memang kami tak pernah keluar dating…. Sebelum tu… Jumpa sekali. Then kawan jarah jauh… Then, kahwin.

Sesungguhnya cinta sejati tidak mengenal erti rupa. Dan, sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu terletak di tangan-Nya. Kami di OhBulan! mengucapkan tahniah kepada Aiffa dan pasangannya. Di sini kami berkongsi antara foto di hari bahagianya. Comel betul dua ni!






Sumber: OHBULAN


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z72br8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.