Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandang Pertama Samsung Galaxy A8 (2018) – Peranti Kelas Pertengahan Nirbingkai Premium - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandang Pertama Samsung Galaxy A8 (2018) – Peranti Kelas Pertengahan Nirbingkai Premium

Samsung Galaxy S8 ialah peranti nirbingkai 18.5:9 pertama keluaran Samsung tahun ini. Ia membawakan perubahan paling mendadak ke atas keluar Galaxy S sejak S6 dilancarkan dengan rekaan sisi dwi-lengkung. Trend semasa di pasaran ialah penghasilan peranti nirbingkai yang kini boleh ditemui pada peranti utama, pertengahan dan permulaan. Jadi tidak mengejutkan Samsung akur dengan keperluan pengguna dan hasilnya ialah Samsung Galaxy A8 (2018).

Ia adalah peranti gantian kepada Galaxy A5 (2017) yang kami ulas sebelum ini. Ulasan ini akan mengupas kelebihan dan kekurangan peranti nirbingkai kelas pertengahan pertama Samsung. Adakah ia mampu bersaing di dalam pasaran peranti pertengahan yang saban tahun sesak dengan peranti yang turut menawarkan nilai kepada wang dibelanjakan.

Spesifikasi

Samsung Galaxy A8 (2018)
Skrin 5.6″ FHD+ SAMOLED (441 PPI)
Pemproses 2.2 x 2 + 1.6 x 6 GHz Exynos 7885
Cip Grafik Mali G-71
RAM 4 Gigabyte
Storan 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 256 GB)
Kamera Utama 16 Megapixel, f/1.7, PDAF
Kamera Depan 16+8 Megapixel, f/1.9+f/1.9
Bateri 3000 mAh (Pengecasan Pantas)
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano (Talam Hibrid)
NFC Ya, Samsung Pay
Infra Merah Tiada
Sistem Imbasan Cap Jari, Wajah
Harga Jualan Belum Diumumkan

Penggunaan nama Samsung Galaxy A8 (2018) mungkin sedikit mengelirukan kerana ia bukan peranti gantian kepada Galaxy A8 (2016). Skrin yang digunakan pada A8 (2018) hanya sebesar 5.6″ dan ini adalah lebih kecil berbanding yang ditemui pada A8 (2016) dan A7 (2017) sebelum ini. Penggunaan rekaan nirbingkai membolehkan skrin lebih besar dan memanjang 18.5:9 digunakan pada peranti yang mempunyai saiz fizikal lebih menghampiri Galaxy A5 (2017).

Skrin SAMOLED ini menyokong resolusi FHD+. Tidak seperti pada Galaxy S8 dan Note 8 ia walaubagaimanapun tidak mempunyai sokongan HDR. Pada waktu yang sama pilihan merubah resolusi skrin juga tidak disertakan pada skrin tetapan Galaxy A8 (2018).

Skrin SAMOLED memang terkenal dengan keterangan serta paparan warna yang cukup menyerlah. Skrin A8 (2018) nyata tidak mengecewakan dengan sudut pandangan yang cukup besar. Tiada komen yang boleh diberikan kepada skrin Samsung yang sudah cukup sinonim dengan kualiti dalam dunia telefon pintar.

Skrin yang cantik dipadankan dengan pemproses lapan teras Exynos 7885, memori sebesar 4GB RAM dan storan 32 GB. Sokongan kad mikroSD sehingga 256 GB disertakan bagi yang inginkan storan lebih besar. Terdapat juga sokongan dwi-SIM nano menggunakan talam jenis hibrid. Ketiga-tiga SIM dan kad MikroSD tidak boleh digunakan secara serentrak. Talam plastik adalah dari jenis yang perlu dicucuk dengan jarum sebelum ia boleh dikeluarkan dari slotnya.

Pemproses Exnynos 7885 ini ialah pemproses lapan teras dengan dua teras Cortex A73 pada kelajuan 2.2 GHz dan enam lagi teras Cortex A53 pada kelajuan 1.6 GHz. Cip grafik yang digunakan pula ialah Mali G-71.

Kamera utama 16-Megapixel f/1.7 dipadankan dengan dwi-kamera hadapan 16+8-Megapixel f/1.9 + f/1.9. Ini menjadikan Galaxy A8 (2018) peranti pertama keluaran Samsung dengan sistem kamera swafoto berkembar. Seperti pada iPhone X, kamera hadapan ini menyokong mod potret bokeh dan sistem imbasan wajah untuk nyahkunci peranti.

Bateri sebesar 3000 mAh disertakan dengan pengecasan pantas Adaptive Fast Charging melalui port USB-C. Ini mengekalkan fungsi yang kali pertama diperkenalkan pada Galaxy A tahun lalu.

Perubahan paling drastik tahun ini ialah kedudukan pengimbas cap jari. Ia terletak pada bahagian belakang di bawah lensa kamera. Ini adalah jauh lebih ergonomik berbanding di sisi lensa seperti yang ditemui pada Galaxy S8. Pengimbas lebih senang diakses pada kedudukan ini dan turut mengurangkan kebarangkalian lensa menjadi kotor kerana disentuh  jari secara tidak sengaja.

Kemampuan kalis air IP68 dikekalkan. Begitu juga dengan bicu audio 3.5mm, NFC dan Samsung Pay. Ini meletakkan Galaxy A8 (2018) di posisi yang unik kerana kesemua peranti di dalam kelas pertengahan tidak menawarkan fungsi-fungsi yang sama.

Rekabentuk

Peranti ini diiklankan sebagai sebuah peranti nirbingkai. Tetapi ada perbezaan besar di antara skrin A8 (2018) dengan yang ditemui pada Note 8 dan S8.

Pertama sekali tiada sisi dwi-lengkung digunakan. Saiz bezel pada dagu, dahi dan sisi peranti ini adalah lebih tebal dari yang ditemui pada dua peranti utama yang kami sebutkan tadi.

Ini boleh dilihat sebagai positif dan negatif bergantung kepada perspektif berbeza. Ia positif kerana ini bermakna peranti tidak mempunyai permukaan kaca yang besar pada bahagian sisi. Kebarangkalian berlaku kerosakan sekiranya peranti terjatuh lebih rendah kerana bingkai logam akan menyerap hentakan dan bukannya skrin lengkung sisi.

Dari segi negatif pula ia mempunyai nisbah skrin kepada luas permukaan hadapan yang lebih rendah berbanding S8 dan Note 8. Rekaannya bolehlah dikatakan kurang seksi. Pengguna mempunyai dua pilihan di sini. Cantik tetapi terdedah kepada kerosakan atau kurang cantik tetapi lebih tahan lasak.

Bercakap mengenai kaca, panel belakang peranti diperbuat daripada kaca dengan sisi yang melengkung. Panel ini amat licin yang tidak mengejutkan memerangkap kotoran dengan amat pantas.

Saiz fizikal A8 (2018) adalah sama dengan Apple iPhone X. Ia amat selesa digunakan dengan hanya sebelah tangan. Kesemua permukaan skrin boleh diakses tanpa sebarang masalah. Sekiranya ia masih dirasakan terlalu besar, Samsung menawarkan fungsi mengecilkan skrin yang sudah menjadi fungsi standard mereka sejak empat tahun yang lalu.

Pada sisi kanan terdapat butang kuasa dan pembesar suara mono. Kedudukan pembesar suara ini mungkin sedikit aneh tetapi telah lama digunakan pada peranti Galaxy A. Sisi kiri pula menempatkan butang suara. Kedua-dua butang suara dan kuasa diperbuat daripada logam. Port pengecasan USB-C terletak pada bahagian bawah bersebelahan bicu audio 3.5mm. Slot SIM dan kad MikroSD pula terletak pada bahagian atas.

Secara keseluruhan rekaan peranti ini tidak banyak berbeza dengan rekaan tahun lalu. Perbezaan hanya terletak pada rekaan skrin yang kini lebih memanjang, tiada lagi butang navigasi fizikal, dwi-kamera swafoto dan kedudukan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Antaramuka

Android 7.1.1 digunakan dengan pelancar Samsung Experience 8.5. Ini adalah versi Android dan pelancar yang sama seperti yang ditemui pada Galaxy Note 8. Dengan pelancar ini talam aplikasi boleh dibuka dengan hanya menatal skrin dari bahagian bawah skrin. Sekiranya pengguna lebih selesa dengan butang fizikal, pelancar Samsung Experience membolehkan ia dipaparkan pada bahagian hadapan. Susuan grid dan susunan butang navigasi juga boleh dikustomasi oleh pengguna mengikut kehendak pengguna.

Pelancar Samsung Experience 8.5 ini berfungsi dengan lancar sepanjang tempoh ulasan. Pemproses yang berkuasa dan saiz RAM yang mencukupi memastikan masalah sela masa tidak berlaku. Malahan kami merasakan antaramuka A8 (2018) lebih lancar berbanding yang ditemui pada S8 yang masih lagi menggunakan versi 8.1 ketika ulasan ini ditulis.

Seperti biasa apabila menggunakan peranti Samsung, mereka menyediakan pelbagai fungsi tambahan yang tidak ditemui pada Android Asli. Berikut ialah senarai fungsi menarik yang boleh digunakan pemilik Galaxy A8 (2018). Kesemuanya adalah sama seperti yang ditemui pada Note 8, S8 dan Note Fan Edition.

Always On Display – Paparan notifikasi dan masa yang sentiasa terpasang apabila peranti dikunci.

Clear Badge – Membuang jumlah notifikasi mesej belum dibaca pada aplikasi tertentu. Tekan sahaja ikon pada skrin dan pilihan ini akan diberikan.

Direct Call – Peranti melakukan panggilan telefon secara automatik apabila ia diletakkan ke telinga pengguna.

Dual Messenger – Menggunakan dua aplikasi dengan dua akaun berbeza secara serentak.

Easy Mute – Mematikan nada dering dengan meletakkan tangan di atas skrin atau menelangkupkan peranti.

Face Recognition – Menyahkunci dengan menggunakan wajah pengguna.

Game Launcher – Kemudahan merakam video aplikasi permainan serta mematikan kesemua notifikasi apabila ia diaktifkan.

Grid – Menetapkan saiz grid susunan ikon pada muka hadapan. Terdapat pilihan 4×4, 4×6, 5×5 atau 5X6.

Multi Window – Melancarkan dua aplikasi serentak. Sistem Android Asli digunakan dan bukannya antaramuka lama yang ditemui sejak Galaxy Note asal.

One Handed Mode – Mengecilkan paparan skrin bagi memudahkan penggunaan sebelah tangan dengan menekan butang home sebanyak tiga kali dengan pantas atau menatal dari bucu bawa ke atas.

Palm Capture – Menangkap gambar paparan skrin dengan menggunakan telapak tangan.

Quick Launch Camera – Melancarkan kamera dengan pantas dengan menekan butang home sebanyak dua kali.

Samsung Pay – Sistem pembayaran nirtunai.

Secure Folder – Menghalang akses kepada folder tertentu dengan menguncinya dengan cap jari, nombor pin atau paten.

Sleep – Menyahaktifkan aplikasi sementara. Tidak lagi menggunakan data atau memberikan notifikasi apabila diaktifkan.

Smart Stay – Skrin tidak akan terpadam selagi ia mengesan mata anda memandang skrin.

Themes – Kustomasi antaramuka dengan tema-tema baru yang boleh dimuat turun.

 

Kesimpulan

Terdapat terlaku banyak peranti kelas pertengahan di pasaran sekarang kerana menawarkan kemampuan yang baik pada harga yang tidak menyebabkan pengguna mengikat perut. Tahun ini rekaan nirbingkai mula ditemui pada peranti kelas pertengahan. Samsung Galaxy A8 (2018) adalah peranti kelas pertengahan dengan beberapa fungsi yang ditemui pada peranti kelas utama. Ini meneruskan kemampuan yang diperkenalkan pada Galaxy A (2017).

Tidak ada peranti kelas pertengahan yang mempunyai kombinasi rekaan  premium, skrin nirbingkai, kemampuan kalis air dan sokongan Samsung Pay. Ini meletakkannya di posisi yang unik di dalam lambakan peranti kelas pertengahan semasa.

Dari penggunaan selama beberapa hari, tidak ada banyak perkara negatif boleh dikatakan mengenai peranti ini. Skrin adalah cukup cantik kerana menggunakan teknologi SAMOLED Samsung yang memang sudah cukup terkenal. Pemproses Exynos 7885 adalah di dalam kelas yang sama seperti Snapdragon 650 yang menjajikan kemampuan memproses yang baik. Kedudukan pengimbas jari yang lebih selesa juga membuatkannya lebih baik dari yang ditemui pada Galaxy S8.

Kelemahan yang boleh dikatakan terletak pada rekaan nirbingkai yang masih mempunyai bingkai yang agak tebal jika dibandingkan dengan S8 atau iPhone X. Pada waktu yang sama panel kaca di bahagian belakang adalah amat licin dan memerangkap kotoran dengan amat mudah.

Nantikan ulasan penuh yang akan menyentuh kemampuan kamera, prestasi, kelancaran dan ketahanan bateri Galaxy A8 (2018) dalam masa terdekat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CHoZzK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.