Hi! Welcome Back and Stay Tune! Projektor BenQ W1700 Diumumkan – Hadir Dengan Sokongan Resolusi 4K Dan Teknologi HDR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Projektor BenQ W1700 Diumumkan – Hadir Dengan Sokongan Resolusi 4K Dan Teknologi HDR

Media video 4K kini semakin meningkat penularannya dikalangan peminat-peminat filem. Ini dapat dilihat melalui jumlah jualan media Blu-ray 4K yang semakin meningkat, dan juga televisyen-televisyen 4K yang hadir pada harga yang semakin mampu-milik.

BenQ merupakan sebuah jenama monitor PC dan projektor yang cukup popular dikalangan para peminat komputer dan filem, dan pada hari ini mengumumkan kehadiran projektor terbaru mereka, BenQ W1700 yang menyokong video pada resolusi 4K dan mempunyai teknologi High Dynamic Range (HDR).

Projektor W1700 ini menggunakan sistem DMD DLP (Digital Micromirror Device) yang bersaiz 0.47 inci untuk memastikan bahawa saiz projektor ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam bilik pelbagai saiz tampa sebarang masalah.

Selain daripada sokongan resolusi 4K dan saiz yang kecil, projektor BenQ W1700 ini juga hadir dengan teknologi CinematicColor Accuracy yang merangkumi 96 peratus daripada gamut warna Rec. 709 yang digunakan oleh ramai pengarah filem di seluruh dunia. Ini membolehkan anda melihat filem-filem sepertimana pengarah-pengarah ini mahu anda melihatnya, tanpa sebarang cacat-cela.

Bukan itu sahaja, projektor ini juga boleh digunakan sebagai sebuah projektor pintar apabila digabungkan dengan sebuah peranti Chromecast ataupun Amazon Fire TV Stick untuk menstrimkan rancangan TV, filem dan juga permainan video.

Menurut pihak BenQ, projektor BenQ W1700 ini akan tiba di pasaran Malaysia pada bulan Januari 2018 kelak pada harga RM7999.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kqjpeC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.