Hi! Welcome Back and Stay Tune! 20 kereta langgar kayu berpaku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

20 kereta langgar kayu berpaku

PORT DICKSON: Sebanyak 20 kereta mengalami kerosakan termasuk tayar pancit dan bampar kemek akibat terlanggar sebatang kayu yang dipercayai terjatuh daripada sebuah lori di Kilometer 26 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata dalam kejadian antara jam 8 hingga 9 malam itu, semua pemandu dipercayai tidak sempat mengelak kayu berkenaan yang mempunyai paku.

KEADAAN kereta yang mengalami kerosakan akibat terlanggar sebatang kayu yang dipercayai terjatuh daripada sebuah lori di Kilometer 26 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, malam tadi. - Foto Mohd Khidir Zakaria

"Lima pemilik kereta tampil membuat laporan polis, namun siasatan lanjut mendapati secara keseluruhan sebanyak 20 kenderaan terbabit dalam kejadian itu.

"Semua pemilik kenderaan yang mengalami tayar pancit, menukar tayar sendiri sebelum meneruskan perjalanan," katanya di sini, hari ini.

Beliau turut menafikan sebanyak 50 kenderaan terbabit dalam kejadian itu seperti yang tersebar di dalam beberapa kumpulan Facebook hari ini.



Sumber 20 kereta langgar kayu berpaku

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iHAJOC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.